Sabtu, 12 Disember 2015

Agen Insuran Bumiputra di Kulim

KULIM :  Masyarakat melayu di sekitar Kulim sekiranya hendak membaharui cukai jalan  kenderaan dan sebarang urusan mengenai insuran serta urusan-urusan mengenai JPJ dan Puspakom boleh datang berurusan dengan Pusat Pemasaran Islam satu syarikat milik penuh bumiputra.

Pusat Pemasaran Islam ini di asaskan oleh Md. Rashid Abd. Hamid, 56,  di sekitar tahun 1999  dan kini   telah membuahkan hasilnya. Bermula selepas berhenti bekerja di BMF Bank dengan hanya jumpa kawan-kawan untuk menguruskan pembayaran Insuran Kenderaan, membaharui cukai jalan kenderaan  dan membaharui lesen memandu kini sudah punya pejabat sendiri untuk menguruskan kerja-kerja tersebut.

Menurut Md. Rashid, beliau menyewa dan membuka pejabat di Bangunan Persatuan Pesara Kerajaan Cawangan Kulim berhadapan dengan Pejabat Kebajikan Daerah Kulim bersama seorang lagi rakan yang menjalankan urusan lain sejak tahun 2011,  setelah hampir sepuluh tahun menjalankan urusan niaga tanpa pejabat.

 “Kami juga boleh membaharui roadtax  kenderaan tanpa perlu menggunakan geran kenderaan melalui sistem myeg”

“Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan dan saya berharap lebih ramai lagi orang kita yang dapat datang berurusan dengan syarikat Pusat Pemasaran Islam.” ujarnya.

Di samping menjalankan urusan insuran dan yang berkiatan dengan JPJ dan Puspakom Md. Rashid juga dilantik oleh Pejabat Zakat Daerah Kulim untuk menjadi Amil dan membolehkan beliau membuat kutipan zakat daripada masyarakat Islam di daerah ini.

“Pelbagai jenis zakat seperti zakat simpanan,  zakat emas, zakat pendapatan malah zakat fitrah setahun sekali boleh dibayar kepada saya”



“Sebarang urusan baik pembayaran zakat mahupun  membaharui insuran kenderaan dan lain serta sebarang urusan mengenai JPJ dan Puspakom boleh datang ke pejabat saya di Bangunan Pesara Kerajaan Cawangan Kulim berdepan dengan Pejabat Kebajikan Daerah Kulim atau telefon saya 019-4120 835. Insya Allah saya akan memberikan khidmat yang terbaik” ujarnya kepada UTARA BIZ.


Md Rashid membicarakan urusniaga syarikat Pusat Pemasaran Islah





Tiada ulasan:

Catat Ulasan