Jumaat, 4 Disember 2015

Mita Collection Tawar Keahlian VVIP

SUNGAI PETANI :  Mita Collection penjual pakaian muslimah yang beroperasi di Amanjaya Mall (C.Mart)  dekat sini ada menawarkan keahlian VVIP kepada pelanggannya. Ahli VVIP ini akan mendapat potongan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Masitah Shamsudin
Menurut pemilik Mita Collection Masitah Shamsudin, sehingga kini Mita Collection  mempunyai keahlian seramai  500 orang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat seperti guru dan sebagainya. Ahlinya ramai yang tinggal di sekitar Sungai Petani kerana  tapak operasinya di Amanjaya Mall di Sungai Petani.

“Mita Collection memperkenalkan Keahlian VVIP dan memberikan potongan harga yang istimewa adalah untuk menambat hati dan mengikat pelanggan agar terus menjadi pelanggan kami. Persaingan dalam menjual pakaian muslimah amat hebat jadi kita perlu bijak merancang strateji pemasaran.”
Pakaian yang di jual



“Mita Collection bermula dengan menjual di pasar malam dan pasar pagi  di sekitar Padang Serai, Kulim dan Kepala Batas tiga tahun lalu. Sebelum memberanikan diri memasuki pasaraya dengan menyewa lot perniagaan ini  lebih setahun lalu.  Alhamdulillah sambutan yang kami terima amat baik.” katanya.

Pakaian muslimah yang di pamer
Pemilik Mita Collection Masitah Samsudin memberitahu, beliau  menjual pakaian muslimah dan dijual dengan harga RM20.00  hingga RM60.00 dengan rekabentuk dan corak  yang terbaru. Disamping itu Mita Collection juga ada menjual pakaian muslimah yang berharga lebih RM 60.00 kerana mendapat permintaan daripada Ahli VVIP.



“Saya menjemput  masyarakat sekitar Sungai Petani yang datang untuk membeli belah di Amanjaya Mall (C Mart ) jangan lupa berkunjung ke lot perniagaan kami di tingkat bawah berhadapan dengan Kopitan Klasik. Sekiranya masuk melalui pintu yang mengadap Happy Home pasti akan berjumpa dengan lot perniagaan kami dahulu. Boleh juga menghubungi kami di talian 010-789 2487 ” ujarnya kepada  Utara Biz.


Pemilik Mita Collection Berbicara




Lot Perniagaan Mita Collection di Amanjaya Mall (C Mart) Sungai Petani

                                        



Tiada ulasan:

Catat Ulasan