Tuesday, December 1, 2015

Pakaian Muslimah : Ingin Miliki Jenama Sendiri ?

BUKIT MERTAJAM : Perkembangan industri pakaian muslimah di negara kita amat menggalakkan. Namun tidak ramai pengusaha melayu mengambil langkah berani mengeluar dan memasarkan sendiri produk muslimah ini.

Md. Shukor Karim
Menurut pengasas dan pemilik Nasha Fashion Design Md. Shukor Karim, menyedari hakikat ini disamping beberapa masalah lain diawal penglibatannya dibidang ini membuatkan beliau  bertekad untuk membuka sebuah bengkel dan butiknya sendiri.

“Saya membuat jenama sendiri untuk Nasha Fashion Design dan memasarkan dan menjual sendiri di butik milik saya di Cherok Tok Kun dan juga Jalan Kota di Taiping. Saya juga membuka peluang kepada pengusaha butik dan perniagaan pakaian muslimah yang ingin memiliki jenama sendiri.”

“Saya yakin ramai pengusaha butik dan perniaga pakaian muslimah pasti berminat memiliki jenama sendiri tetapi untuk membangunkan jenama sendiri memerlukan kepakaran dan modal yang agak besar. Jika berminat datang jumpa kami di Nasha Fashion Design kita boleh berbincang mengenai rekabentuk dan mengikut budget yang anda ada. Hubungi kami 013-509 7079” pelawa pemilik Nasha Fashion Design.
Tudung yang diperagakan

Seterusnya Md. Shukor Karim menceritakan detik awal bagaimana beliau boleh memasuki industri ini, pada mulanya beliau hanya memasarkan pakaian muslimah milik syarikat pengeluar kemudiannya kualitinya tidak begitu baik. Maka beliau membeli kain dan mengupah tukang jahit tapi masalahnya mereka tidak berupaya menyiapkannya mengikut jadual.

“Lalu saya ambil keputusan untuk membuka butik dan bengkel sendiri di kampung kelahiran saya di Cherok Tok Kun. Saya membeli semua mesin yang diperlukan dan tidak ada satu benda pun yang saya bawa keluar untuk upah. Waktu ini saya mempunyai sembilan orang pekerja termasuk seorang Pengurus dan dua orang pereka fesyen.”

“Alhamdulillah sambutan yang saya terima setakat ini baik dari pengusaha butik, perniaga dan pembeli persaorangan amat menggalakkan. Disamping itu kami juga menerima tempahan daripada jabatan, syarikat-syarikat swasta malah Ngo dan persatuan  datang menempah untuk sesuatu acara misalnya hari kemerdekaan dan lain-lain.”


“Saya harap lebih ramai lagi yang datang kerana kami menyediakan produk berdasarkan budget anda dan menggunakan bahan-bahaan yang bermutu dan hasil kerja yang berkualiti tinggi.” Katanya kepada UTARA BIZ.

Vedio Md. Shukor Karim membicarakan mengenai Nasha Fashion Design 



Vedio sekitar bengkel dan butik Nasha Fashion Design





No comments:

Post a Comment