Memaparkan catatan dengan label BISNES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BISNES. Papar semua catatan

Rabu, 28 Ogos 2019

JOM BUAT DUIT TERNAK LOBSTER AIR TAWAR

JOM   KITA BUAT DUIT DENGAN TERNAK LOBSTER AIT TAWAR. Permintaan tinggi di pasaran… cara penternakannya mudah tidak banyak kerenah yang penting minat dan kesungguhan yang tinggi dalam menternaknya.

Dee akan mengadakan Kursus Menternak Lobster Air Tawar di Bukit Teh pada setiap hari minggu hujung bulan bagi mereka yang berminat dan ingin menjana pendapatan tambahan atau melakukannya secara sepenuh masa.

Jika peserta yang mengikuti kursusnya tidak dapat memasarkannya Dee akan membelinya. Pada peringkat permulaan penternak boleh menjadi pembekal kepada Dee. Dee menjangkakan dalam masa beberapa bulan akan datang beliau perlukan lebih banyak Udang Kara.

Sekiranya kawan2 berminat VIDEO BERINFORMASI  seperti ini dan tidak mahu terlepas SUBCRIBE  VIDEO ini. SUBCRIBE macam kawan2 melanggan hanya sekali dan tidak dikenakan sebarang bayaran oleh pihak YOUTUBE.

UNTUK SUBCRIBE KLIK BANNER KECIL  BERLOGO YOUTUBE BAWAH SEBELAH KANAN.

.Terima kasih sekali lagi saya MOHON LIKE DAN SUBCRIBE

Selasa, 23 April 2019

KHIDMAT VIDEO IKLAN


Krew Media Utara Production baru selesai buat pergambaran Iklan untuk DFZ Agency Sdn. Bhd., Wakil Insuran Bumiputra Terunggul Di Utara ini. Pergambaran dengan 4 cerita dengan dua sessi pergambaran.


Bagi mana-mana syarikat yang ingin membuat VEDIO IKLAN, VIDEO IKLAN FLASH, VIDEO KORPORAT, VIDEO DOCUMENTARI malah VIDEO PERIBADI yang menceritakan jatuh bangun dalam kehidupan. Boleh hubungi kami Roy Alkanz 018-405 6323 & Arzaman Sulaiman  019-560 7802,

Kami mempunyai kepakaran dalam melakar konsep, penulisan, pergambaran dan editing malah kami ada senarai pelakon yang pernah berlakon tua, muda lelaki dan perempuan. Bagi yang ingin mendapat khidmat kami boleh hubungi kami Roy Alkanz 018-405 6323 & Arzaman Sulaiman  019-560 7802.








Rabu, 25 Julai 2018

KAMBING GOLEK ROY ALKANZ


Anda hendak buat kenduri kahwin dengan menu tambahan KAMBING GOLEK? Anda hendak buat majlis keramaian dan makan-makan dengan MENU ISTIMEWA KAMBING GOLEK? Anda hendak mengadakan MAJLIS AKIKAH  dengan MENU KAMBING GOLEK?

Hubungi KAMBING GOLEK CEF ROY ALKANZ dengan rasa yang berbeza,  lain dari yang lain bukan sekadar kambing bakar. Kalau berminat SEGERA HUBUNGI CEF ROY ALKANZ di talian 018-405 6323.

Pengusaha KATERING juga boleh  mengatur dengan CEF ROY ALKANZ untuk memasukkan MENU KAMBING GOLEK DALAM MENU KATERING ANDA.

SEGERA HUBUNGI CEF ROY ALKANZ 
DI TALIAN 018-405 6323




 http://penulispetisyen.blogspot.com/


Rabu, 6 September 2017

BAHULU PANAS AJA ALI



BAHULU Panas Aja Ali memang panas, panas macam goreng pisang.  Sesiapa yang hendak buat kenduri, hendak buat hantaran, hendak hadiah dekat kawan sempena apa-apa majlis dan lain-lain lagi  boleh buat tempahan kepada BAHULU PANAS AJA ALI  di Kiostnya  dulu di depan Pejabat Pos AEON BIG Seberang Jaya, kini telah berpindah di MEDAN SELERA CILI PADI (TINGKAS ATAS BERHAMPIRAN KFC)

Bukan Bahulu saja, di sini juga ada menjual pelbagai makanan tradisional seperti  rempeyet,  kueh bakar, kerepet dan banyak lagi. Aja Ali juga mengambil tempahan  membuat bahulu sebagai bekas hantaran untuk majlis perkahwinan atau pun pertunangan.

Bahulu Aja Ali juga terdapat pelbagai jenis bahulu, bahulu  asli, bahulu coklat rice, bahulu jem/coklat, bahulu ikan emas besar/kecil dan bahulu set hantaran.

Menurut Aja Ali, bahulu coklat rice merupakan ‘killer produknya’  dan sangat laris dipasaran. Setelah mula mengusahakan  perniagaan Bahulu Panas Aja Ali sekitar tahun 2012 dan kini sambutannya amat mengalakkan.

Sesiapa yang berkunjung ke AEON BIG SEBERANG JAYA  singahlah di kiost  BAHULU PANAS AJA ALI   dulu di depan Pejabat Pos di AEON BIG Seberang Jaya, kini telah berpindah MEDAN SELERA CILI PADI. 

Jika ingin buat tempahan boleh menghubungi  BAHULU PANAS AJA ALI   di talian  019-4444 632, 013-4444 343 dan 013-444 7979.



VIDEO BLOGGER



ANDA INGIN PUNYA BLOG PERNIAGAAN SENDIRI



LAWATI PORTAL PADANG SERAI



LAWATI PORTAL KULIM




LAWATI PORTAL KEPALA BATAS




LAWATI PORTAL SPT





Ahad, 13 November 2016

KEDAI BARANGAN FROZEN MELAYU DI PADANG SERAI

Kedai Zaini Fresh & Frozen di Padang Serai, Kedah.

PADANG SERAI, KEDAH :  Kalau anda tinggal di Padang Serai atau sekitarnya ingin membeli makanan sejuk beku atau ‘frozen’ anda boleh mendapatkannya daripada Zaini Fresh & Frozen satu-satunya pengusaha kedai barangan sejuk beku milik orang melayu di sebelah Padang Serai.

Menurut Zaini Abu Bakar, 43, beliau dan isterinya Mimi mengusahakan perniagaan ini  11 tahun yang lalu. Bermula apabila isterinya menjalankan perniagaan daging sejuk beku di pasar pagi sementara beliau masih bekerja sebagai mekanik memperbaiki kontena dengan sebuah syarikat.
Zaini Abu Bakar

“Saya mengkaji dan melihat potensi yang besar untuk berkembang maka tiga tahun lalu saya memberanikan diri membuka syarikat Zaini Fresh & Frozen dengan menyewa kedai di pekan Padang Serai.”

“Alhamdulillah sambutan yang saya terima amat mengalakkan. Pelanggan saya bukan saja datang dari Padang Serai malah meliputi Kulim, Tasek Gelugor,  dan Kuala Ketil. Terutama sekali orang-orang yang berniaga dan tukang masak kenduri dan tauke-tauke katering kerana saya menjual harga borong.” ujarnya.

Zaini menceritakan, kini beliau telah menyewa sebuah lagi kedai yang cukup startegik di tengah pekan Padang Serai  tepi Jalan yang menghubungan Tasek Gelugor – Padang Serai seberang jalan Kedai  1 Malaysia di Padang Serai. Beliau yakin kedai ini akan lebih mendapat sambutan.

“ Kedai baru saya di alamat 241, Jalan Bagan, 09400 Padang Serai dan saya menjalankan  perniagaan dari jam 7 pagi hingga 6 petang. Saya bercadang untuk meneruskan operasi di kedai lama tetapi memandangkan tenaga kerja yang kurang untuk sementara ini kedai itu dijadikan stor untuk menyimpan barangan frozen. Untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi saya ditalian 012-585 3799

Disamping menjual barang-barang frozen seperti daging sejuk beku, kambing sejuk beku, burung puyuh, daging rusa  juga barang-barang sejuk beku burger.  Kedai beliau juga menjual daging, ayam dan itek daging segar juga rempah ratus persiapan kenduri, telur pelbagai gred serta pelbagai jenis ikan kering serta sotong kering.
Freezer di dalam kedai

“Saya menjemput orang-orang yang berniaga dan tukang-tukang masa kenduri serta pengusaha catering khususnya begitu juga masyarakat sekitar Padang Serai untuk mendapatkan bekalan ini dari kedai saya. Saya menjual dengan harga borong.”

“Saya tidak mengikut harga pasaran peniaga sekitar sini kalau sesuatu barangan itu saya dapat murah saya akan menjual murah” ujarnya.

Menurut Zaini sebagai seorang peniaga beliau perlu mempelbagaikan perniagaan berdasarkan sumber yang ada. Beliau juga menjual kambing golek yang siap diperap. Disamping itu untuk ahli keluarga yang hendak berkelah beliau juga menjual ayam dan kambing yang juga siap di perap.

“Permintaan kambing dan ayam yang diperap amat mengalakkan terutama di musim-musim cuti sekolah” Ujarnya kepada Utara Biz.

KALAU ANDA LAPANG BOLEH LAWATI BLOG ZAINI FRESH & FROZEN


http://pszainifreshfrozen.blogspot.my/

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG



KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG



Rabu, 19 Oktober 2016

NASI ARAB TERUS KE TEMPAT ANDA

Kalau anda  tinggal di sekitar Bukit Mertajam, Kulim, Sungai Petani, Seberang Jaya, Kepala Batas serta Pulau Langkawi dan mempunyai akuan FB pasti mengenali Chef Roy atau Rozaini Yaakob ini.  Beliau terkenal dengan masakan arab dan western.

Hampir semua Restoran Nasi Arab di sekitar Kulim, Bukit Mertajam, Seberang Jaya, Kepala Batas dan Pulau Langkawi pernah mendapat sentuhan pertama darinya. Beliau  merupakan Pakar Perunding Konsep dan Masakan untuk pengusaha restoran memulakan  perniagaan.  Konsep yang diketengahkan  selalunya agak unit dan menarik.

Kini Chef Roy bergerak menyediakan “Pack Food’ khususnya  nasi arah seperti CHICKEN MANDEE , LAMB MANDEE, CHICKEN MADGHOUT, LAMB MADGHOUT dan BUKHORA DAGING.

Menurut Chef Roy, beliau memberikan servis ini untuk mereka yang tinggal di sekitar Kepala Batas , Tikam Batu , Sungai Petani , Padang Serai , Seberang Jaya , Sungai Dua , Mak Mandin , Butterworth, Penaga dan Kulim dan akan menghantar terus ke rumah atau tempat kerja.

“Saya buat hanya seminggu 5 hari iaitu Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad saya hendak  rehat bersama keluarga kecuali majlis-majlis keramaian untuk kambing golek.” Ujarnya.

SESIAPA YANG BERMINAT INGIN MERASA MASAKAN SENTUHAN CHER ROY BOLEH WHATSSAP KE 018-948 4150,NYATAKAN KUANTITI, LOKASI DAN MASA.


Beliau juga menerima tempahan untuk menyediakan kambing golek UNTUK MAJLIS-MAJLIS KERAMAIAN  atau kambing golek Akikah dan Qurban.



KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI





Isnin, 3 Oktober 2016

DAPATKAN E-BOOK PROSES PENCIPTAAN TELEMOVIE

ANDA RASA ADA BANYAK IDEA DAN RASANYA INGIN DAN BOLEH MENULIS SKRIP DRAMA TV? DAPATKAN E-BOOK INI. ANDA AKAN DIBERI BIMBINGAN BAGAIMANA HENDAK MENGHASILKAN SKRIP DRAMA TV.











Ahad, 11 September 2016

IKLAN JAWATAN KOSONG

JAWATAN KOSONG PENGAWAL KESELAMATAN DI HOSPITAL BESAR PULAU PINANG. BERMINAT BOLEH BERHUBUNG DENGAN ADENAN 012 - 5777 096


UNTUK IKLAN DI SINI SILA HUBUNGI NO YANG TERTERA


NAK RASA REMPAH GRIL ALKANZ HUBUNGI NO. YANG TERTERA
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI





Khamis, 23 Jun 2016

Rempah Grill Alkanz Di Pasarkan


SAUDAGAR Rempah Alkanz yang diasaskan oleh Chef Rozaini Yaakob atau lebih mesra dan dikenali sebagai Chef Roy telah menjalin kerjasama dengan UTARA BIZ  yang diusahakan oleh Arzaman Sulaiman dalam usaha membuat pemasaran dan jualan Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani atau ringkasnya Rempah Grill Alkhanz.  


Rempah Grill Formulasi  Alkanz Yamani ini memang sesuai untuk membakar kambing golek dengan citarasa yang amat menarik. Namun ramuan ini juga boleh diguna untuk membakar daging lain  dan ayam.

Menurut Chef Rozaini Yaakob, beliau mengambil masa yang agak lama membuat kaji selidik untuk menyediakan produk ini dengan citarasa yang lain dari yang lain serta menjadikan produk ini begini.

“ Saya terpanggil apabila sahabat saya Arzaman pemilik UTARA BIZ  mencadangkan dia sanggup memasarkan produk ini secara offline dan online.  Kami telah lama  berkawan dan saya tahu kebolehan dan bakat yang beliau miliki. Lagi pun saya siibuk dengan urusan saya dan bidang pemasaran  memang bidang dia sekarang ini “ ujar Chef Rozaini Yaakob.


Sementara itu Arzaman Sulaiman memberitahu, segala-galanya bermula apabila beliau pergi mengambil bahan untuk terbitan UTARA BIZ  daripada seorang yang  mengusahakan ternakan kambing dan kibas, Muzakir di Machang Bubok.

“Apabila saya menemui  Muzakir pengusaha ternakan kambing dan kibas itu beliau memberitahu bahawa sahabatnya Zakaria yang juga merupakan dua pupu dengan  saya mengajaknya mengusahakan projek kambing golek. Akhir-akhir ini kambing golek dilihat mendapat sambutan daripada masyarakat. Cuma masalahnya mereka tidak tahu bagaimana menyediakannya.”

“ Saya memberitahu Muzakir kalau benar mereka serius saya boleh memanggil sahabat saya Chef Roy untuk membantu mereka. Suatu hari saya mengatur pertemuan dan sekaligus pembelajaran untuk mengolek kambing. Walaupun saya dah lama berkawan itulah pertama kali saya menikmati kambing golek ramuan Rempah Grill Formulasi  Alkanz Yamani ini. Saya dibekalkan oleh Muzakir dan Zakaria untuk bawa balik sedikit dekat keluarga. Mereka makan dan teruja dan minta saya menghubungi Chef Roy mendapatkan bahan itu untuk kami bakar ayam dan daging di rumah.”

“Saya menghubungi beliau dan kami mengatur masanya dengan Chef Roy turut bersama kami sekeluarga membakar dan menikmati  Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani itu. Anak sulung saya yang baru saja mengadakan majlis BBQ dengan staf di pejabatnya berkata kalau dia tahu awal,  dia akan menggunakan ramuan ini. Bertitik tolak di sinilah saya tawarkan diri untuk memasarkan produk ini dan Chef Rozaini secara spontan memberikan ‘right’ untuk melantik saya menjadi pengedar tunggalnya.”

Konsep Hidangan di Pelaut Cafe sentuhan Chef Roy
Chef Rozaini Yaakob merupakan  seorang chef yang terkenal dengan masakan arab dan western. Hampir semua Restoran Nasi Arab di sekitar Kulim, Bukit Mertajam, Seberang Jaya dan Kepala Batas mendapat sentuhan pertama darinya. Buat masa ini Chef Rozaini berada di Pulau Langkawi  mengatur, mengurus dan promosi sebuah restoran di sana  yang dinamakan  Pelaut Café. 


Beliau  merupakan Pakar Perunding Konsep dan Masakan untuk pengusaha restoran memulakan  perniagaan.  Konsep yang diketengahkan  selalunya agak unit dan menarik. Jadi bagi mereka yang ingin membuka restoran  boleh dapatkan sentuhan  Chef Rozaini  012-529 9108 dan bagi mereka yang ingin membuat BBQ atau hendak bakar daging dan ayam di rumah dan merasai kenikmatan Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani boleh berhubung dengan Arzaman 019-580 7802.

Kalau anda lapang boleh juga lawati blog Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamanihttp://alkanzsaudagarrempah.blogspot.com/




Rabu, 4 Mei 2016

Peluang Dapatkan Lesen Motosikal Hanya RM299

PADANG SERAI : Institut Memandu Sinar yang terletak di Padang Serai ingin mempelawa mereka yang ingin mengambil lesen memandu untuk terus mendaftar di pejabat institut ini di belakang stesen minyak Shell Jalan Kulim-Padang Serai.

Pengarah Urusan  Institut Memandu Sinar, En. Zulkifli Saad
Menurut Pengarah Urusannya Zulkifli Saad, buat masa ini institut dengan kerjasama JPJ sedang menjalankan Program myLESEN dengan harga RM299.00 untuk lesen motosikal sahaja. Tawaran ini dibuka hanya  untuk warganegara dan penduduk tetap negara ini.

“Program ini sedang dijalankan dengan kerjasama JPJ dan pihak JPJ boleh memberhentikan program ini pada bila-bila masa. Jadi rebutlah peluang keemasan ini”

Pejabat Urusan Institut Memandu Sinar
“Disamping itu kami juga menjalankan Kursus Kelas Memandu untuk lesen B2, Lesen D, Lesen B2 dan D serta Lesen Memandu OKU. Institut kami merupakan  PUSAT SEHENTI di mana  peserta  boleh belajar dan menjalankan ujian terus di sini tidak perlu lagi ke mana-mana lagi. Ini memudahkan kerana latihan dan ujian dijalankan ditempat yang sama.”



Peserta sedang memandu di litar latihan dan ujian
di Institut Memandu Sinar
“ Kami mempunyai prasarana lengkap seperti dewan kuliah berhawa dingin, bilik latihan komputer dan pelajar boleh datang bila-bila masa menggunakannya secara percuma., litar latihan, ujian modul baru dan kenderaan latihan dan ujian juga baru.  Para pelajar bebas memilih waktu latihan yang dikehendaki.” Ujarnya kepada UTARA BIZ.

En. Zulkifli Saad menjelaskan, Institut ini baru beroperasi setahun lebih sikit dan sehingga mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Pihak institut berusaha keras untuk memberikan yang terbaik kepada peserta.

“ Di sini  peserta  akan merasai suasana pembelajaran yang selamat dan selesa dengan tenaga pengajar yang professional, cekap, terlatih dan efisyen. Disamping itu kami mempunyai surau, kantin dan tandas yang selesa.”

“Kami juga menyediakan kemudahan tuition khususnya bagi mereka yang mempunyai lesen memandu sudah lama tidak memandu.”


“Bagi mereka yang bercadang untuk mengambil lesen memandu dan sedang mencari sekolah memandu jadikan kami sebagai pilihan utama. Segera datang mendaftar dengan kami khususnya mereka yang tinggal di Padang Serai, Tasek Gelugor, Kuala Ketil dan Kulim serta sekitarnya, untuk keterangan lanjut boleh berhubung melalui talian 04-485 1125 & 04-572 1125 atau lawati blog kami :  http://sinarinmemandu.blogspot.my/  dan FBPage kami : https://www.facebook.com/Institut-Memandu-Sinar-Sdn-Bhd-1442503369380399/ ” ujarnya.
Video Institut Memandu Sinar


Video Promo Utara Biz

Ingan Iklan Seperti Ini





Isnin, 25 April 2016

Muzakir Ternak Kambing dan Kibas

BUKIT MERTAJAM : Rasulullah SAW suatu masa sebelum diangkat menjadi Rasulullah SAW adalah seorang pengembala kambing. Kambing-kambing peliharaan baginda itu merupakan milik keluarga dan dikatakan juga mengambil upah mengembala kambing yang dimiliki oleh penduduk Mekah.
Muzakir

Menurut penulis sejarah kehidupan Rasululluh SAW yang terkenal Hussein Haekal, mengembala kambing merupakan asas baginda Rasulullah SAW menimba pengalaman untuk menjadi pemimpin yang baik.

Baginda membawa kambing-kambingnya jauh merentas padang sehinggalah ke kaki-kaki gunung dan bukit, jauh dari kesibukan kota Mekah. Baginda berusaha supaya jangan ada serigala  menerkam kambing-kambing itu atau jangan sampai ada yang hilang dan sesat. Baginda akan berusaha segenap tenaga dan akal pemikiran terhadap tahap keselamatan kambing-kambingnya itu.

Pakar sejarah  lain, Jaafar Subhani berkata, apa yang penting mengembala kambing mengajar baginda supaya meningkatkan kesabaran dan ketabahan dalam 'memimpin' kambing-kambing itu.Setiap ekor kambing akan mempunyai kerenah mereka yang tersendiri, begitu juga yang bakal dihadapi oleh baginda ketika baginda memimpin umat manusia.
Kandang Kambing Muzakir

"Apabila seseorang itu dapat menanggung kesukaran dalam menguruskan haiwan, yang tidak mempunyai akal dan kearifan, maka tentunya dia juga dapat bertanggungjawab untuk memimpin manusia yang sesat akal fikiran dan cara hidup mereka," kata Jaafar.

Malah dikatakan terdapat hadis Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda : "Allah tidak mengangkat seorang nabi pun yang sebelumnya tidak dijadikan pengembala supaya mereka dapat belajar bagaimana hendak membimbing manusia."

Nabi-nabi yang diutus Allah, kesemua mereka mengembala kambing. Ini termasuklah Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Daud serta lain-lain.
Kibas Ternakan Muzakir

Berdasarkan sirah mengenai kehidupan Rasulullah ini maka Mohammad Muzakir Hj. Haron, 49, anak Imam terkenal Machang Bubok serta menjadi Naib Kadi kawasan tersebut, Allahyarhan Tuan Hj. Haron Lebai Awang. Telah mengorak langkah  menternak kambing dan kibas  lima tahun lalu di kampong kelahirannya.

Mohammad Muzakir menternak kambing di sebuah kandang di sebelah rumahnya yang menempatkan kira-kira 50 ekor kambing. Kini beliau sedang berusaha untuk membesarkan kandangnya bagi menambah kambing dan kibas ternakannya.

Menurut Mohammad Muzakir, sejak mengusahakan ternakan kambing ini sambutan amat menggalakkan dan beliau dapat menjual lebih kurang 10 ekor sebulan. Pelanggan-pelanggan beliau adalah masyarakat kampong dan masyarakat sekitar Seberang Perai yang mengetahui beliau mengusahakan ternakan kambing khususnya untuk aqiqah dan korban.

Kambing Ternakan Muzakir


“Terdapat juga pengusaha kambing golek mendapat bekalan daripada saya. Saya bukan saya menjual kambing semata-mata malah saya akan menyempurnakan sembelihan, melapah dan memotong daging kambing itu jika diminta oleh pelanggan saya.”

“Walaupun saya buat masa ini hanya menternak sekitar 50 ekor tetapi saya dapat memenuhi permintaan pelanggan khususnya untuk mendapatkan kambing/kibas yang cukup umur untuk di buat korban atau akikah daripada penternak lain jika bekalan tidak cukup. Saya juga membiak ternakan kambing dan kibas dengan menyimpan induknya.” ujar Mohammad Muzakir ketika ditemui oleh UTARA BIZ.

Seterusnya Mohammad Muzakir menceritakan, untuk memasuki bidang penternakan seperti ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Selain berdepan dengan masalah penyakit haiwan-haiwan ternakan, para penternak juga terpaksa berhadapan dengan masalah kenaikkan bahan-bahan makanan dan ubat-ubatan di pasaran.
Muzakir memberi makan kambingnya

“Antara penyakit yang sering menyerang kambing-kambing ternakan adalah perut kembung, kutu, sakit mata dan kuku. Semua penyakit ini tidak boleh elak. Namun dengan penjagaan yang baik dan kebersihan kandang pemeliharaan dapat membantu mengatasi masalahan ini.”
“Dalam usaha kita mencari rezeki terutama yang berniaga dan bekerja sendiri kita perlu berusaha kuat dan fokus dan bersedia menghadapi apa saja rintangan. Namun yang lebih penting lagi kita perlu bersihkan kolam jiwa kita daripada sebarang kekotoran. Kolam jiwa kita kena tenang dan rezeki akan mengalir masuk lebih mudah.” Ujarnya.


Bagi mereka yang mencari kambing untuk korban dan akiqah malah kepada tauke-tauke kambing golek boleh menghubungi Mohammad Muzakir di talian 019-4001 005 untuk mendapat bekalan kambing dan kibas.



JIKA ANDA JUGA INGIN PROMOSIKAN PERNIAGAAN ANDA SEPERTI DI ATAS SEGERA HUBUNGI UTARA BIZ 019-560 7802