Saturday, November 12, 2016

KEDAI BARANGAN FROZEN MELAYU DI PADANG SERAI

Kedai Zaini Fresh & Frozen di Padang Serai, Kedah.

PADANG SERAI, KEDAH :  Kalau anda tinggal di Padang Serai atau sekitarnya ingin membeli makanan sejuk beku atau ‘frozen’ anda boleh mendapatkannya daripada Zaini Fresh & Frozen satu-satunya pengusaha kedai barangan sejuk beku milik orang melayu di sebelah Padang Serai.

Menurut Zaini Abu Bakar, 43, beliau dan isterinya Mimi mengusahakan perniagaan ini  11 tahun yang lalu. Bermula apabila isterinya menjalankan perniagaan daging sejuk beku di pasar pagi sementara beliau masih bekerja sebagai mekanik memperbaiki kontena dengan sebuah syarikat.
Zaini Abu Bakar

“Saya mengkaji dan melihat potensi yang besar untuk berkembang maka tiga tahun lalu saya memberanikan diri membuka syarikat Zaini Fresh & Frozen dengan menyewa kedai di pekan Padang Serai.”

“Alhamdulillah sambutan yang saya terima amat mengalakkan. Pelanggan saya bukan saja datang dari Padang Serai malah meliputi Kulim, Tasek Gelugor,  dan Kuala Ketil. Terutama sekali orang-orang yang berniaga dan tukang masak kenduri dan tauke-tauke katering kerana saya menjual harga borong.” ujarnya.

Zaini menceritakan, kini beliau telah menyewa sebuah lagi kedai yang cukup startegik di tengah pekan Padang Serai  tepi Jalan yang menghubungan Tasek Gelugor – Padang Serai seberang jalan Kedai  1 Malaysia di Padang Serai. Beliau yakin kedai ini akan lebih mendapat sambutan.

“ Kedai baru saya di alamat 241, Jalan Bagan, 09400 Padang Serai dan saya menjalankan  perniagaan dari jam 7 pagi hingga 6 petang. Saya bercadang untuk meneruskan operasi di kedai lama tetapi memandangkan tenaga kerja yang kurang untuk sementara ini kedai itu dijadikan stor untuk menyimpan barangan frozen. Untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi saya ditalian 012-585 3799

Disamping menjual barang-barang frozen seperti daging sejuk beku, kambing sejuk beku, burung puyuh, daging rusa  juga barang-barang sejuk beku burger.  Kedai beliau juga menjual daging, ayam dan itek daging segar juga rempah ratus persiapan kenduri, telur pelbagai gred serta pelbagai jenis ikan kering serta sotong kering.
Freezer di dalam kedai

“Saya menjemput orang-orang yang berniaga dan tukang-tukang masa kenduri serta pengusaha catering khususnya begitu juga masyarakat sekitar Padang Serai untuk mendapatkan bekalan ini dari kedai saya. Saya menjual dengan harga borong.”

“Saya tidak mengikut harga pasaran peniaga sekitar sini kalau sesuatu barangan itu saya dapat murah saya akan menjual murah” ujarnya.

Menurut Zaini sebagai seorang peniaga beliau perlu mempelbagaikan perniagaan berdasarkan sumber yang ada. Beliau juga menjual kambing golek yang siap diperap. Disamping itu untuk ahli keluarga yang hendak berkelah beliau juga menjual ayam dan kambing yang juga siap di perap.

“Permintaan kambing dan ayam yang diperap amat mengalakkan terutama di musim-musim cuti sekolah” Ujarnya kepada Utara Biz.

KALAU ANDA LAPANG BOLEH LAWATI BLOG ZAINI FRESH & FROZEN


http://pszainifreshfrozen.blogspot.my/

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG



KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG



Wednesday, October 19, 2016

NASI ARAB TERUS KE TEMPAT ANDA

Kalau anda  tinggal di sekitar Bukit Mertajam, Kulim, Sungai Petani, Seberang Jaya, Kepala Batas serta Pulau Langkawi dan mempunyai akuan FB pasti mengenali Chef Roy atau Rozaini Yaakob ini.  Beliau terkenal dengan masakan arab dan western.

Hampir semua Restoran Nasi Arab di sekitar Kulim, Bukit Mertajam, Seberang Jaya, Kepala Batas dan Pulau Langkawi pernah mendapat sentuhan pertama darinya. Beliau  merupakan Pakar Perunding Konsep dan Masakan untuk pengusaha restoran memulakan  perniagaan.  Konsep yang diketengahkan  selalunya agak unit dan menarik.

Kini Chef Roy bergerak menyediakan “Pack Food’ khususnya  nasi arah seperti CHICKEN MANDEE , LAMB MANDEE, CHICKEN MADGHOUT, LAMB MADGHOUT dan BUKHORA DAGING.

Menurut Chef Roy, beliau memberikan servis ini untuk mereka yang tinggal di sekitar Kepala Batas , Tikam Batu , Sungai Petani , Padang Serai , Seberang Jaya , Sungai Dua , Mak Mandin , Butterworth, Penaga dan Kulim dan akan menghantar terus ke rumah atau tempat kerja.

“Saya buat hanya seminggu 5 hari iaitu Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad saya hendak  rehat bersama keluarga kecuali majlis-majlis keramaian untuk kambing golek.” Ujarnya.

SESIAPA YANG BERMINAT INGIN MERASA MASAKAN SENTUHAN CHER ROY BOLEH WHATSSAP KE 018-948 4150,NYATAKAN KUANTITI, LOKASI DAN MASA.


Beliau juga menerima tempahan untuk menyediakan kambing golek UNTUK MAJLIS-MAJLIS KERAMAIAN  atau kambing golek Akikah dan Qurban.



KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI





Monday, October 3, 2016

DAPATKAN E-BOOK PROSES PENCIPTAAN TELEMOVIE

ANDA RASA ADA BANYAK IDEA DAN RASANYA INGIN DAN BOLEH MENULIS SKRIP DRAMA TV? DAPATKAN E-BOOK INI. ANDA AKAN DIBERI BIMBINGAN BAGAIMANA HENDAK MENGHASILKAN SKRIP DRAMA TV.











Saturday, September 10, 2016

IKLAN JAWATAN KOSONG

JAWATAN KOSONG PENGAWAL KESELAMATAN DI HOSPITAL BESAR PULAU PINANG. BERMINAT BOLEH BERHUBUNG DENGAN ADENAN 012 - 5777 096


UNTUK IKLAN DI SINI SILA HUBUNGI NO YANG TERTERA


NAK RASA REMPAH GRIL ALKANZ HUBUNGI NO. YANG TERTERA
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI





Thursday, June 23, 2016

Rempah Grill Alkanz Di Pasarkan


SAUDAGAR Rempah Alkanz yang diasaskan oleh Chef Rozaini Yaakob atau lebih mesra dan dikenali sebagai Chef Roy telah menjalin kerjasama dengan UTARA BIZ  yang diusahakan oleh Arzaman Sulaiman dalam usaha membuat pemasaran dan jualan Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani atau ringkasnya Rempah Grill Alkhanz.  


Rempah Grill Formulasi  Alkanz Yamani ini memang sesuai untuk membakar kambing golek dengan citarasa yang amat menarik. Namun ramuan ini juga boleh diguna untuk membakar daging lain  dan ayam.

Menurut Chef Rozaini Yaakob, beliau mengambil masa yang agak lama membuat kaji selidik untuk menyediakan produk ini dengan citarasa yang lain dari yang lain serta menjadikan produk ini begini.

“ Saya terpanggil apabila sahabat saya Arzaman pemilik UTARA BIZ  mencadangkan dia sanggup memasarkan produk ini secara offline dan online.  Kami telah lama  berkawan dan saya tahu kebolehan dan bakat yang beliau miliki. Lagi pun saya siibuk dengan urusan saya dan bidang pemasaran  memang bidang dia sekarang ini “ ujar Chef Rozaini Yaakob.


Sementara itu Arzaman Sulaiman memberitahu, segala-galanya bermula apabila beliau pergi mengambil bahan untuk terbitan UTARA BIZ  daripada seorang yang  mengusahakan ternakan kambing dan kibas, Muzakir di Machang Bubok.

“Apabila saya menemui  Muzakir pengusaha ternakan kambing dan kibas itu beliau memberitahu bahawa sahabatnya Zakaria yang juga merupakan dua pupu dengan  saya mengajaknya mengusahakan projek kambing golek. Akhir-akhir ini kambing golek dilihat mendapat sambutan daripada masyarakat. Cuma masalahnya mereka tidak tahu bagaimana menyediakannya.”

“ Saya memberitahu Muzakir kalau benar mereka serius saya boleh memanggil sahabat saya Chef Roy untuk membantu mereka. Suatu hari saya mengatur pertemuan dan sekaligus pembelajaran untuk mengolek kambing. Walaupun saya dah lama berkawan itulah pertama kali saya menikmati kambing golek ramuan Rempah Grill Formulasi  Alkanz Yamani ini. Saya dibekalkan oleh Muzakir dan Zakaria untuk bawa balik sedikit dekat keluarga. Mereka makan dan teruja dan minta saya menghubungi Chef Roy mendapatkan bahan itu untuk kami bakar ayam dan daging di rumah.”

“Saya menghubungi beliau dan kami mengatur masanya dengan Chef Roy turut bersama kami sekeluarga membakar dan menikmati  Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani itu. Anak sulung saya yang baru saja mengadakan majlis BBQ dengan staf di pejabatnya berkata kalau dia tahu awal,  dia akan menggunakan ramuan ini. Bertitik tolak di sinilah saya tawarkan diri untuk memasarkan produk ini dan Chef Rozaini secara spontan memberikan ‘right’ untuk melantik saya menjadi pengedar tunggalnya.”

Konsep Hidangan di Pelaut Cafe sentuhan Chef Roy
Chef Rozaini Yaakob merupakan  seorang chef yang terkenal dengan masakan arab dan western. Hampir semua Restoran Nasi Arab di sekitar Kulim, Bukit Mertajam, Seberang Jaya dan Kepala Batas mendapat sentuhan pertama darinya. Buat masa ini Chef Rozaini berada di Pulau Langkawi  mengatur, mengurus dan promosi sebuah restoran di sana  yang dinamakan  Pelaut Café. 


Beliau  merupakan Pakar Perunding Konsep dan Masakan untuk pengusaha restoran memulakan  perniagaan.  Konsep yang diketengahkan  selalunya agak unit dan menarik. Jadi bagi mereka yang ingin membuka restoran  boleh dapatkan sentuhan  Chef Rozaini  012-529 9108 dan bagi mereka yang ingin membuat BBQ atau hendak bakar daging dan ayam di rumah dan merasai kenikmatan Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani boleh berhubung dengan Arzaman 019-580 7802.

Kalau anda lapang boleh juga lawati blog Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamanihttp://alkanzsaudagarrempah.blogspot.com/




Tuesday, May 17, 2016

Web & Blog Umpama Kedai Di Internet

BILIK OPERASI UTARA BIZ : UTARA BIZ mula digerakan pada bulan November tahun lepas. Ini bermakna UTARA BIZ . Sehingga kini terdapat 19 ‘posting’ termasuk satu yang di poskan oleh UTARA BIZ. Berdasarkan pengkiraan ini purata ‘posting’ yang dibuat 2.7 ‘posting’ sebulan.

Jumlah pelawat blog ini hanya 4,141 pelawat. Sementara pelawat di halaman (page) ialah 7,255. Ini kerana UTARA BIZ  banyak membuat promosi untuk page. Berdasarkan pengkiraan ini jumlah keseluruhan pelawat untuk blog UTARA BIZ  ini ialah 11,396, ini bermakna purata lawatan ke blog ini 1,628 sebulan. Saya yakin angka ini akan meningkat kerana mulai hari ini UTARA BIZ N sudah mula membuat promosi untuk blog ini secara khusus.
Arzaman Sulaiman  Pengerak UTARA BIZ


Berdasarkan perangkaan ini saya  yakin blog UTARA BIZ  dapat pergi lebih jauh sekiranya usaha promosi dijalankan secara rautin. UTARA BIZ mampu menjadi wadah pengiklanan untuk peniaga kecil kita. Memang inilah hasrat hati saya  membantu para peniaga menggunakan kemahiran menulisan yang di kutip selama 30 tahun dalam pelbagai gerne dan sedikit kebolehan menggunakan IT dalam usaha membantu peniaga melayu kita mempromosikan perniagaan mereka.

Sememangnya perniagaan dengan pengiklanan dan pemasaran bagaikan irama dan lagu tidak dapat di pisahkan. Perniagaan semata-mata tidak cukup kuat untuk berdiri dengan sendiri. Perniagaan pasti perlu dibantu dengan pengiklanan dan pemasaran. Mungkin ada disetengah-setengah peniaga berkata dia tidak perlu iklan dan pemasaran perniagaan dia sudah berjaya. Seandainya perniagaan itu sudah mampu berdiri jika ditambah dengan pengilanan dan pemasaran maka perniagaan itu akan bertambah maju.

 Kita lihat bagaimana syarikat-syarikat besar membelanjakan jutaan ringgit semata-mata untuk menyiarkan iklan di kaca TV. Begitu juga Dr. Vida yang membelanjakan jutaan ringgit untuk menaja program di TV, untuk apa sedangkan mereka sudah dapat menjana perniagaan jutaan ringgit. Sebabnya supaya produk atau perkhidmatan yang mereka keluarkan terus dikenali dan diingati.
Oleh sebab itu perancangan pengiklanan perlu dibuat secara berterusan. Perkembangan IT dapat membantu para perniagaan mengiklankan produk atau perkhidmatan secara berterusan dengan modal yang cukup kecil. Sekiranya kita ingin mencetak risalah dan mengedarkannya kosnya juga amat tinggi  dan tidak mampu dibuat secara berterusan.

Menyedari hakikat itu UTARA BIZ dilancarkan untuk membantu para peniaga mengiklanankan perniagaan, produk mahupun perkhidmatan yang mereka usahakan. UTARA BIZ mempunyai beberapa produk perkhidmatan untuk membantu para peniaga. Salah satunya menulis artikle mengenai perniagaan, perkhidmatan yang dijalankan dan juga membuat video mudah dan disiarkan di UTARA BIZ.

Produk lain membuatkan ‘short filem’ atau dokumentari khusus mengenai perniagaan yang dijalankan. Namun perkhidmatan ini memerlukan biayai yang agak besar dan rasanya bukan pilihan untuk peniaga kecil melayu. Disamping itu UTARA BIZ juga memberikan perkhidmatan ‘Copy Writing” pengiklanan untuk para peniaga membuat posting sendiri. Untuk khidmat ‘Copy Writing’ ini UTARA BIZ  telah mendapat kepercayaan seorang ‘Web Master” di Kuala Lumpur. Beliau mempromosi sebuah hotel di Melaka.

Seterusnya yang menjadi teras UTARA BIZ ialah memberikan perkhimatan pembinaan dan pengurusan blog serta mempromosi secara berterusan dan terancang. Buat masa ini UTARA BIZ telah diberi kepercayaan oleh beberapa buah syarikat untuk membina, menguruskan dan mempromosikan blog tersebut. Untuk usaha ini UTARA BIZ tidak dapat mengambil banyak syarikat oleh itu sesiapa yang berminat diharap segera bertindak menghubungi UTARA BIZ ditalian 019-560 7802. Buat masa ini UTARA BIZ sedang menyiapkan beberapa proposal untuk beberapa syarikat perniagaan yang telah dikenal pasti.


“Memang kita boleh mempromosikan perniagaan, perkhidmatan atau produk di media social tetapi kita juga perlu kedai atau gedung pernigaan di alam maya. Jadi Web atau blog adalah kedai atau gedung perniagaan kita.”  ujar Pengerak UTARA BIZ.

Video Promo UTARA BIZ



Wednesday, May 4, 2016

Peluang Dapatkan Lesen Motosikal Hanya RM299

PADANG SERAI : Institut Memandu Sinar yang terletak di Padang Serai ingin mempelawa mereka yang ingin mengambil lesen memandu untuk terus mendaftar di pejabat institut ini di belakang stesen minyak Shell Jalan Kulim-Padang Serai.

Pengarah Urusan  Institut Memandu Sinar, En. Zulkifli Saad
Menurut Pengarah Urusannya Zulkifli Saad, buat masa ini institut dengan kerjasama JPJ sedang menjalankan Program myLESEN dengan harga RM299.00 untuk lesen motosikal sahaja. Tawaran ini dibuka hanya  untuk warganegara dan penduduk tetap negara ini.

“Program ini sedang dijalankan dengan kerjasama JPJ dan pihak JPJ boleh memberhentikan program ini pada bila-bila masa. Jadi rebutlah peluang keemasan ini”

Pejabat Urusan Institut Memandu Sinar
“Disamping itu kami juga menjalankan Kursus Kelas Memandu untuk lesen B2, Lesen D, Lesen B2 dan D serta Lesen Memandu OKU. Institut kami merupakan  PUSAT SEHENTI di mana  peserta  boleh belajar dan menjalankan ujian terus di sini tidak perlu lagi ke mana-mana lagi. Ini memudahkan kerana latihan dan ujian dijalankan ditempat yang sama.”



Peserta sedang memandu di litar latihan dan ujian
di Institut Memandu Sinar
“ Kami mempunyai prasarana lengkap seperti dewan kuliah berhawa dingin, bilik latihan komputer dan pelajar boleh datang bila-bila masa menggunakannya secara percuma., litar latihan, ujian modul baru dan kenderaan latihan dan ujian juga baru.  Para pelajar bebas memilih waktu latihan yang dikehendaki.” Ujarnya kepada UTARA BIZ.

En. Zulkifli Saad menjelaskan, Institut ini baru beroperasi setahun lebih sikit dan sehingga mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Pihak institut berusaha keras untuk memberikan yang terbaik kepada peserta.

“ Di sini  peserta  akan merasai suasana pembelajaran yang selamat dan selesa dengan tenaga pengajar yang professional, cekap, terlatih dan efisyen. Disamping itu kami mempunyai surau, kantin dan tandas yang selesa.”

“Kami juga menyediakan kemudahan tuition khususnya bagi mereka yang mempunyai lesen memandu sudah lama tidak memandu.”


“Bagi mereka yang bercadang untuk mengambil lesen memandu dan sedang mencari sekolah memandu jadikan kami sebagai pilihan utama. Segera datang mendaftar dengan kami khususnya mereka yang tinggal di Padang Serai, Tasek Gelugor, Kuala Ketil dan Kulim serta sekitarnya, untuk keterangan lanjut boleh berhubung melalui talian 04-485 1125 & 04-572 1125 atau lawati blog kami :  http://sinarinmemandu.blogspot.my/  dan FBPage kami : https://www.facebook.com/Institut-Memandu-Sinar-Sdn-Bhd-1442503369380399/ ” ujarnya.
Video Institut Memandu Sinar


Video Promo Utara Biz

Ingan Iklan Seperti Ini





Monday, April 25, 2016

Muzakir Ternak Kambing dan Kibas

BUKIT MERTAJAM : Rasulullah SAW suatu masa sebelum diangkat menjadi Rasulullah SAW adalah seorang pengembala kambing. Kambing-kambing peliharaan baginda itu merupakan milik keluarga dan dikatakan juga mengambil upah mengembala kambing yang dimiliki oleh penduduk Mekah.
Muzakir

Menurut penulis sejarah kehidupan Rasululluh SAW yang terkenal Hussein Haekal, mengembala kambing merupakan asas baginda Rasulullah SAW menimba pengalaman untuk menjadi pemimpin yang baik.

Baginda membawa kambing-kambingnya jauh merentas padang sehinggalah ke kaki-kaki gunung dan bukit, jauh dari kesibukan kota Mekah. Baginda berusaha supaya jangan ada serigala  menerkam kambing-kambing itu atau jangan sampai ada yang hilang dan sesat. Baginda akan berusaha segenap tenaga dan akal pemikiran terhadap tahap keselamatan kambing-kambingnya itu.

Pakar sejarah  lain, Jaafar Subhani berkata, apa yang penting mengembala kambing mengajar baginda supaya meningkatkan kesabaran dan ketabahan dalam 'memimpin' kambing-kambing itu.Setiap ekor kambing akan mempunyai kerenah mereka yang tersendiri, begitu juga yang bakal dihadapi oleh baginda ketika baginda memimpin umat manusia.
Kandang Kambing Muzakir

"Apabila seseorang itu dapat menanggung kesukaran dalam menguruskan haiwan, yang tidak mempunyai akal dan kearifan, maka tentunya dia juga dapat bertanggungjawab untuk memimpin manusia yang sesat akal fikiran dan cara hidup mereka," kata Jaafar.

Malah dikatakan terdapat hadis Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda : "Allah tidak mengangkat seorang nabi pun yang sebelumnya tidak dijadikan pengembala supaya mereka dapat belajar bagaimana hendak membimbing manusia."

Nabi-nabi yang diutus Allah, kesemua mereka mengembala kambing. Ini termasuklah Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Daud serta lain-lain.
Kibas Ternakan Muzakir

Berdasarkan sirah mengenai kehidupan Rasulullah ini maka Mohammad Muzakir Hj. Haron, 49, anak Imam terkenal Machang Bubok serta menjadi Naib Kadi kawasan tersebut, Allahyarhan Tuan Hj. Haron Lebai Awang. Telah mengorak langkah  menternak kambing dan kibas  lima tahun lalu di kampong kelahirannya.

Mohammad Muzakir menternak kambing di sebuah kandang di sebelah rumahnya yang menempatkan kira-kira 50 ekor kambing. Kini beliau sedang berusaha untuk membesarkan kandangnya bagi menambah kambing dan kibas ternakannya.

Menurut Mohammad Muzakir, sejak mengusahakan ternakan kambing ini sambutan amat menggalakkan dan beliau dapat menjual lebih kurang 10 ekor sebulan. Pelanggan-pelanggan beliau adalah masyarakat kampong dan masyarakat sekitar Seberang Perai yang mengetahui beliau mengusahakan ternakan kambing khususnya untuk aqiqah dan korban.

Kambing Ternakan Muzakir


“Terdapat juga pengusaha kambing golek mendapat bekalan daripada saya. Saya bukan saya menjual kambing semata-mata malah saya akan menyempurnakan sembelihan, melapah dan memotong daging kambing itu jika diminta oleh pelanggan saya.”

“Walaupun saya buat masa ini hanya menternak sekitar 50 ekor tetapi saya dapat memenuhi permintaan pelanggan khususnya untuk mendapatkan kambing/kibas yang cukup umur untuk di buat korban atau akikah daripada penternak lain jika bekalan tidak cukup. Saya juga membiak ternakan kambing dan kibas dengan menyimpan induknya.” ujar Mohammad Muzakir ketika ditemui oleh UTARA BIZ.

Seterusnya Mohammad Muzakir menceritakan, untuk memasuki bidang penternakan seperti ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Selain berdepan dengan masalah penyakit haiwan-haiwan ternakan, para penternak juga terpaksa berhadapan dengan masalah kenaikkan bahan-bahan makanan dan ubat-ubatan di pasaran.
Muzakir memberi makan kambingnya

“Antara penyakit yang sering menyerang kambing-kambing ternakan adalah perut kembung, kutu, sakit mata dan kuku. Semua penyakit ini tidak boleh elak. Namun dengan penjagaan yang baik dan kebersihan kandang pemeliharaan dapat membantu mengatasi masalahan ini.”
“Dalam usaha kita mencari rezeki terutama yang berniaga dan bekerja sendiri kita perlu berusaha kuat dan fokus dan bersedia menghadapi apa saja rintangan. Namun yang lebih penting lagi kita perlu bersihkan kolam jiwa kita daripada sebarang kekotoran. Kolam jiwa kita kena tenang dan rezeki akan mengalir masuk lebih mudah.” Ujarnya.


Bagi mereka yang mencari kambing untuk korban dan akiqah malah kepada tauke-tauke kambing golek boleh menghubungi Mohammad Muzakir di talian 019-4001 005 untuk mendapat bekalan kambing dan kibas.



JIKA ANDA JUGA INGIN PROMOSIKAN PERNIAGAAN ANDA SEPERTI DI ATAS SEGERA HUBUNGI UTARA BIZ 019-560 7802


Saturday, March 5, 2016

Kursus Ternak Lobster Air Tawar

BUKIT MERTAJAM :  Lobster atau dikenali juga dengan Udang Kara kini boleh diternak dalam  air tawar. Lobster adalah dari keluarga udang  bezanya lobster dari udang,   Lobster mempunyai cepit seperti ketam.

Sumber  laman web Kementerian Pertanian & Industri dan Asas Tani Lobster adalah makanan

eksklusif di restoran dan hotel ternama. Harga seekor lobster bersaiz 6 inci berharga RM60.00
sekilogram. Namun di restoran dan hotel terkemuka hidangan lobster mencecah dari RM300.00 hingga RM 700.00 seekor yang siap di masak mengikut menu pilihan pelanggan  dan beratnya hanya sekitar 900 gms.

Menyedari hakikat itu seorang anak muda Dee Rayyan telah mengorak langkah belajar menternak
lobster air tawar. Kini beliau telah menjalankan usaha ini  dan mempunyai sebuah ladang ternakan di Hutan Petai berhampiran Bukit Teh  dan Machang Bubok. Melihatkan potensinya maka Dee Rayyan berhasrat untuk membesarkan ladangnya dalam waktu yang
terdekat.

Menurut Dee Rayyan,   beliau menjual Lobster bermula dari 2  inci hingga mencecah 6 inci dengan harga RM2.00 hingga RM25.00 seekor. Lobster 2 hingga  inci lazimnya digunakan sebagai benih  dan Lobster 4 inci ke atas adalah untuk di makan.

“ Saya menjual yang  segar dan juga yang sejuk beku. Disamping itu saya juga menjalankan Kursus
Menternak Lobster selama  sehari. Bayarannya hanya  RM300.00. Disamping mengajar saya
akan membawa peserta melawat ladang  ternakan saya.  Disamping itu saya juga  akan memberikan  10 pasang lobster  induk untuk memulakan ternakan.”

“Lobster induk yang diberikan itu berharga sekitar RM25.00 seekor. Berdasarkan pengkiraan ini  Lobster sahaja sudah bernilai RM500.00  saya berikan. Saya  menurunkan ilmu dan membekalkan Lobster induk kepada peserta   dengan harga melebihi harga kursus   kerana ingin menggalakkan penernakannya dikalangan orang kita.  Sekiranya mereka tidak mampu menjual saya akan membeli balik untuk memenuhi permintaan  pelanggan saya yang tidak mampu saya penuhi.” Ujarnya.


Dee Rayyan menjelaskan, sehingga kini beliau telah mengajar lebih 300 orang yang datang dari seluruh negara.  Beliau  akan jalankan  kursus ini apabila beliau mendapat paling kurang 5 orang peserta.

“Saya akan membantu sehingga berjaya. Saya menjangkakan  setelah menternak lobster induk itu dalam masa 5 bulan sudah boleh mendapat hasil. Hasilnya akan berterusan. Bagi mereka yang tidak punya kawasan menternak jangan bimbang lobster ini juga boleh diternak dalam akuarium.”

“Jadi sesiapa yang berminat  untuk mengikuti kursus  ternak Lobster yang saya anjurkan  dan yang ingin merasa keenakkan rasa Lobster boleh menghubungi saya di talian 018-3933 877"  Katanya mengakhiri  pertemuan dengan UTARA BIZ.


Video Ternakan Lobster Dee Rayyan




Vedio Promo Utara Biz







Wednesday, February 17, 2016

D’Ammar Katering Perkenal Pakej Kambing Golek Untuk Aqiqah

PADANG SERAI :  D’Ammar Katering adalah satu jenama yang sudah mula di kenali dan sudah tidak asing lagi bagi masyarakat sekitar Padang Serai.

D’Ammar Katering bukan saja mengendali majlis-majlis perkahwinan malah tetap memberi perhatian terhadap majlis-majlis kecil seperti majlis tahlil, majlis harijadi, Hi-Tea dan sebagainya. Malah D’Ammar juga mengambil tempahan untuk nasi budget dengan minima pesanan sebanyak 30 bungkus.


Pemilik dan Pengurus D’Ammar Katering, Isham Haris Ahmad, 31, memberitahu, beliau telah melalui proses pembelajaran di bidang penyediaan makanan dengan belajar di Sekolah Vokasional dan Kolej Komuniti. Setelah tamat pengajian beliau bekerja di bidang  penyediaan makanan di hotel dan hospital dan beberapa tempat lain.

“Saya bekerja di Hotel Berjaya, Pulau Pinang, Hotel Mutiara Pulau Pinang, Hospital Pakar Metro Sungai Petani, Kedah Medical Centre, KPJ di Bandar Perda dan lain-lain sebagai Chef. Di sini saya banyak belajar bagaimana menyediakan makanan yang baik dan bermutu.” Katanya

Isham Haris Ahmad seterusnya menceritakan, setelah beliau menimba pengalaman bertahun-tahun dan pada tahun 2011 beliau mula memberanikan diri berniaga makanan di pekan Padang Serai.  Disamping berniaga beliau juga mengambil tempahan untuk majlis-majlis kecil.

Beliau mula menumpukan perhatian  di bidang perniagaan katering setelah mendapat tender membekal makanan kepada 250 orang pekerja di AMP, Inokom, Padang Meha dan seramai 100 orang pekerja di syarikat Johnson Control juga di Padang Meha.

Menurut Isham Haris Ahmad, walaupun beliau telah menyediakan pakej tertentu khususnya untuk majlis perkahwinan. Namun beliau sedia berbincang dengan pelanggan untuk menyediakan pakej budget untuk majlis perkahwinan.

Disamping itu kini D’Ammar Katering  telah memperkenalkan Pakej Anak Abah Kambing Golek. Pakej ini dinamakan anak abah kambing golek untuk membantu  masyarakat mengadakan majlis kenduri  aqiqah anak. 


“Kami akan mencari kambing yang cukup umur sesuai untuk aqiqah dan menyediakan  kambing golek. kami juga menyediakan nasi minyak atau nasi putih, ayam masak merah, air limau  asam boi dan lain-lain yang berkiatan dengan kambing golek. Kami akan memberikan percuma khemah dan peralatan katering lain dan pramusaji.Saya berharap pakej ini akan mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan.” 

"Bagi masyarakat yang tinggal di sekitar Seberang Perai, Sungai Petani, Gurun, Baling, Kuala Ketil dan Kulim yang ingin membuat tempahan katering perkhawinan, Majlis Aqiqah Kambing Golek atau lian-lain majlis jamuan boleh berhubungan dengan saya" ujarnya





VIDEO D'AMMAR KATERING



VIDEO PROMO  UTARA BIZ





Tuesday, January 26, 2016

Homestay di Kondo Mewah

Bukit Mertajam  : Lazimnya homestay yang terdapat di merata tempat bertaraf biasa sahaja. Namun kini Azman Ahmad seorang pengusaha kantin kilang yang juga membekal pekerja untuk  kilang dan pejabat di Kawasan Perusehaan Perai telah mengorak langkah memperkenalkan homestay bertaraf Eksklusif tetapi dengan kos yang rendah.

Menurut Azman Ahmad, ini perniagaan baru yang diterokainya. Idea ini timbul setelah melihat permintaan terhadap perkhidmatan penyediaan homestay amat memberangsangkan. Namun beliau mengambil pendekatan baru yang berani dengan menyediakan perkhidmatan homestay bertaraf mewah dengan kadar harga yang tidak begitu mahal.

“Saya menawarkan homestay di kondominium  mewah The Signature, Jalan Baru Perai dengan hanya RM300. Homestay bertaraf 5 bintang ini menyediakan perkhidmatan keselamatan 24 jam, 2 lot parking , terdapat kolam renang, sauna dan gimnasium untuk kemudahan penghuni kondominium tersebut”

“Disamping itu kondominium ini berdekatan dengan UITM dan  Politeknik Seberang Perai, Pasaraya Mydin dan tidak jauh daripada Pasific Mall, Sunway City AEON, kawasan Perusehaan Perai malah mengambil masa 5 minit untuk ke Jambatan Pulau Pinang”

“Saya mempelawa  orangramai yang berkunjung ke Pulau Pinang untuk bercuti atau menghantar anak di UITM dan Politeknik boleh menginap  di homestay mewah gaya eksklusif ini  untuk keluarga dengan harga yang amat berpatutan” katanya kepada UTARA BIZ.

Azman Ahmad memberitahu  beliau berasal daripada Alor Setar dan datang ke Pulau Pinang 20 tahun lalu. Beliau bekerja di kantin untuk mencari pengalaman menguruskan kantin khususnya kantin kilang. Akhirnya kini berjaya menjadi pengusaha kantin.

Sehingga kini beliau telah diberikan kepercayaan untuk menguruskan tiga buah kantin. Disamping itu dengan hubungan baik yang beliau bina bersama pihak pengurusan kilang kini beliau diberikan kepercayaan untuk membekal pekerja kepada beberapa buah kilang di sekitar Seberang Perai.

“Bagi mereka yang ingin menginap di homestay mewah ini dan  bagi anak-anak muda yang ingin mencari pekerjaan boleh menghubungi saya di talian 017-407 4112” 

"Saya menjemput Tuan/Puan melawat blog saya : http://homestaybungaimpian.blogspot.my/ujarnya kepada UTARA BIZ.


Homestay Eksklusif  di Kondo Mewah The Signature





Kondo Mewah The Signature Ada Homestay 


Promo Utara Biz




Tuesday, January 19, 2016

Zulhaimi Mengambil Alih Perniagaan Dari Seorang Peniaga Cina

KEPALA BATAS : Jeruk buah memang sinonim dengan orang Pulau Pinang. Sekiranya orang luar datang ke Pulau Pinang pasti akan membawa balik jeruk ke tempat mereka.  Dahulunya pengeluaran jeruk ini dimonopoli oleh orang-orang cina dan akhir-akhir ini muncul nama Pak Ali sebagai pengeluar jeruk bumiputra yang cukup terkenal di Pulau Pinang.

Desert Home Enterprise mengambil peluang ini untuk membuka perniagaan dengan menjadikan Jeruk Pak Ali sebagai produk utama perniagaan mereka. Desert Home Enterprise yang dimiliki oleh sepasang suami isteri Zulhaimi Dahalan dan Noin Marzuki.


 Mereka berdua  telah menjalankan perniagaan ini sejak bulan April tahun lepas. Perniagaan ini diuruskan sepenuhnya oleh isteri Zulhaimi, Noin  dan dibantu oleh bapa mentuanya Pak Marzuki.


Sesuatu yang menarik mengenai Desert Home Enterprise ini yang pada mulanya diasaskan oleh seorang peniaga cina dan akhirnya diambil alih oleh pasangan suami isteri ini. Tauke asal perniagaan ini ingin menjual perniagaannya  dan memberitahu bapa mentua Zulhaimi.  Bapa mentuanya yang tahu keinginan anaknya untuk berniaga terus menghubungi anaknya. Setelah mengadakan perbincangan akhirnya mereka bersetuju untuk mengambil alih perniagaan ini.


Menurut Zulhaimi beliau memberanikan diri mengambil alih perniagaan daripada seorang peniaga cina setelah melihat kesungguhan dan keinginan isterinya untuk berniaga. Disamping menjalankan perniagaan ini akan memudahkan dia menguruskan rumahtangga dan anak mereka.


“Walaupun menjalankan perniagaan menuntut lebih banyak masa untuk berada di kedai namun pekerjaan ini tidak terikat dengan kerja di pejabat dan bila-bila ada keperluan untuk menguruskan anak tidak menimbulkan sebarang masalah. Isteri saya boleh tinggalkan kedai kepada bapa mentua saya dan dia boleh uruskan soal anak.”



“Alhamdulillah setelah lapan bulan menjalankan perniagaan, saya dapati sambutan masyarakat tempatan amat mengalakkan khususnya di hari cuti Sabtu dan Ahad serta  cuti penggal persekolahan. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Permatang Sintok khususnya jika ada kelapangan boleh berkunjung ke kedai kami untuk mendapatkan Jeruk Pak Ali dan lain-barangan.”


“Kedai kami terletak di No.23, Jalan Sintok 1, Taman Permatang Sintok, Penaga Kepala Batas, Seberang Perai Utara.” ujarnya.


Disamping memasarkan Jeruk Pak Ali Desert Home juga ada menjual pelbagai jenis jeruk kering, makanan ringan, kerepek, minum dalam botol dan tin dan lain-lain lagi.“Pada kesempatan ini,  saya mempelawa pengeluar produk bumiputra tempatan yang berada di sekitar Seberang Perai khususnya boleh meletak produk mereka di kedai kami dalam bentuk consignment  untuk kami pasarkan”


“Dengan mengambil alih perniagaan ini daripada seorang peniagaan cina secara tidak langsung kami dapat membantu membuka peluang perniagaan kepada pengeluar produk bumiputra lainnya untuk memasarkan produk mereka melalui kami di sini.” katanya kepada UTARA BIZ.



Vedio Desert Home Enterprise 1




Vedio Desert Home Enterprise 2



Monday, January 11, 2016

UTARA BIZ Lancar Produksi Vedio Perniagaan Profesional

HARI ini UTARA BIZ melancarkan Khidmat Produksi Vedio Perniagaan Profesional untuk menghasilkan DOKUMENTARI & SHORT FILEM PERNIAGAAN.


Blogger Utara Biz akan menggunakan segala pengalaman dibidang penulisan skrip drama TV untuk menghasilkan Short Filem Perniagaan ini. Beliau juga akan menggunakan pengalaman dibidang kewartawanan untuk menghasilkan dokumentari. Blogger UTARA BIZ bersama sahabatnya Sukri Shawal pernah mengikuti Bengkel Penerbitan Vedio di Finas selama 5 hari.

Sukri Shawal merupakan bekas Stringer Jurukamera Astro Awani merupakan pakar dibidang pergambaran dan editing vedio .

Vedio Perniagaan Profesional yang dihasilkan ini akan dimuat naik ke Youtube sebagai salah satu saluran promosi. Vedio ini juga ada dipaparkan di Utara Biz sementara pemilik vedio ini boleh mengambil link dan dimuat naik di laman web atau blog serta boleh dimainkan di halaman media social sebagai promosi.



Kos penerbitan vedio seumpama ini agak tinggi namun UTARA BIZ  tidak akan mengenakan bayaran yang terlalu tinggi sepertimana syarikat lain kerana konsep menerbitkan UTARA BIZ adalah untuk membantu para peniaga khususnya bumiputra mengiklankan perniagaan, perkhidmatan dan produk mereka.  Disamping itu  Blogger dan sahabatnya  dapat mengembangkan bakat dan  minat dibidang ini.