Monday, April 25, 2016

Muzakir Ternak Kambing dan Kibas

BUKIT MERTAJAM : Rasulullah SAW suatu masa sebelum diangkat menjadi Rasulullah SAW adalah seorang pengembala kambing. Kambing-kambing peliharaan baginda itu merupakan milik keluarga dan dikatakan juga mengambil upah mengembala kambing yang dimiliki oleh penduduk Mekah.
Muzakir

Menurut penulis sejarah kehidupan Rasululluh SAW yang terkenal Hussein Haekal, mengembala kambing merupakan asas baginda Rasulullah SAW menimba pengalaman untuk menjadi pemimpin yang baik.

Baginda membawa kambing-kambingnya jauh merentas padang sehinggalah ke kaki-kaki gunung dan bukit, jauh dari kesibukan kota Mekah. Baginda berusaha supaya jangan ada serigala  menerkam kambing-kambing itu atau jangan sampai ada yang hilang dan sesat. Baginda akan berusaha segenap tenaga dan akal pemikiran terhadap tahap keselamatan kambing-kambingnya itu.

Pakar sejarah  lain, Jaafar Subhani berkata, apa yang penting mengembala kambing mengajar baginda supaya meningkatkan kesabaran dan ketabahan dalam 'memimpin' kambing-kambing itu.Setiap ekor kambing akan mempunyai kerenah mereka yang tersendiri, begitu juga yang bakal dihadapi oleh baginda ketika baginda memimpin umat manusia.
Kandang Kambing Muzakir

"Apabila seseorang itu dapat menanggung kesukaran dalam menguruskan haiwan, yang tidak mempunyai akal dan kearifan, maka tentunya dia juga dapat bertanggungjawab untuk memimpin manusia yang sesat akal fikiran dan cara hidup mereka," kata Jaafar.

Malah dikatakan terdapat hadis Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda : "Allah tidak mengangkat seorang nabi pun yang sebelumnya tidak dijadikan pengembala supaya mereka dapat belajar bagaimana hendak membimbing manusia."

Nabi-nabi yang diutus Allah, kesemua mereka mengembala kambing. Ini termasuklah Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Daud serta lain-lain.
Kibas Ternakan Muzakir

Berdasarkan sirah mengenai kehidupan Rasulullah ini maka Mohammad Muzakir Hj. Haron, 49, anak Imam terkenal Machang Bubok serta menjadi Naib Kadi kawasan tersebut, Allahyarhan Tuan Hj. Haron Lebai Awang. Telah mengorak langkah  menternak kambing dan kibas  lima tahun lalu di kampong kelahirannya.

Mohammad Muzakir menternak kambing di sebuah kandang di sebelah rumahnya yang menempatkan kira-kira 50 ekor kambing. Kini beliau sedang berusaha untuk membesarkan kandangnya bagi menambah kambing dan kibas ternakannya.

Menurut Mohammad Muzakir, sejak mengusahakan ternakan kambing ini sambutan amat menggalakkan dan beliau dapat menjual lebih kurang 10 ekor sebulan. Pelanggan-pelanggan beliau adalah masyarakat kampong dan masyarakat sekitar Seberang Perai yang mengetahui beliau mengusahakan ternakan kambing khususnya untuk aqiqah dan korban.

Kambing Ternakan Muzakir


“Terdapat juga pengusaha kambing golek mendapat bekalan daripada saya. Saya bukan saya menjual kambing semata-mata malah saya akan menyempurnakan sembelihan, melapah dan memotong daging kambing itu jika diminta oleh pelanggan saya.”

“Walaupun saya buat masa ini hanya menternak sekitar 50 ekor tetapi saya dapat memenuhi permintaan pelanggan khususnya untuk mendapatkan kambing/kibas yang cukup umur untuk di buat korban atau akikah daripada penternak lain jika bekalan tidak cukup. Saya juga membiak ternakan kambing dan kibas dengan menyimpan induknya.” ujar Mohammad Muzakir ketika ditemui oleh UTARA BIZ.

Seterusnya Mohammad Muzakir menceritakan, untuk memasuki bidang penternakan seperti ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Selain berdepan dengan masalah penyakit haiwan-haiwan ternakan, para penternak juga terpaksa berhadapan dengan masalah kenaikkan bahan-bahan makanan dan ubat-ubatan di pasaran.
Muzakir memberi makan kambingnya

“Antara penyakit yang sering menyerang kambing-kambing ternakan adalah perut kembung, kutu, sakit mata dan kuku. Semua penyakit ini tidak boleh elak. Namun dengan penjagaan yang baik dan kebersihan kandang pemeliharaan dapat membantu mengatasi masalahan ini.”
“Dalam usaha kita mencari rezeki terutama yang berniaga dan bekerja sendiri kita perlu berusaha kuat dan fokus dan bersedia menghadapi apa saja rintangan. Namun yang lebih penting lagi kita perlu bersihkan kolam jiwa kita daripada sebarang kekotoran. Kolam jiwa kita kena tenang dan rezeki akan mengalir masuk lebih mudah.” Ujarnya.


Bagi mereka yang mencari kambing untuk korban dan akiqah malah kepada tauke-tauke kambing golek boleh menghubungi Mohammad Muzakir di talian 019-4001 005 untuk mendapat bekalan kambing dan kibas.



JIKA ANDA JUGA INGIN PROMOSIKAN PERNIAGAAN ANDA SEPERTI DI ATAS SEGERA HUBUNGI UTARA BIZ 019-560 7802


No comments:

Post a Comment