Ahad, 13 November 2016

KEDAI BARANGAN FROZEN MELAYU DI PADANG SERAI

Kedai Zaini Fresh & Frozen di Padang Serai, Kedah.

PADANG SERAI, KEDAH :  Kalau anda tinggal di Padang Serai atau sekitarnya ingin membeli makanan sejuk beku atau ‘frozen’ anda boleh mendapatkannya daripada Zaini Fresh & Frozen satu-satunya pengusaha kedai barangan sejuk beku milik orang melayu di sebelah Padang Serai.

Menurut Zaini Abu Bakar, 43, beliau dan isterinya Mimi mengusahakan perniagaan ini  11 tahun yang lalu. Bermula apabila isterinya menjalankan perniagaan daging sejuk beku di pasar pagi sementara beliau masih bekerja sebagai mekanik memperbaiki kontena dengan sebuah syarikat.
Zaini Abu Bakar

“Saya mengkaji dan melihat potensi yang besar untuk berkembang maka tiga tahun lalu saya memberanikan diri membuka syarikat Zaini Fresh & Frozen dengan menyewa kedai di pekan Padang Serai.”

“Alhamdulillah sambutan yang saya terima amat mengalakkan. Pelanggan saya bukan saja datang dari Padang Serai malah meliputi Kulim, Tasek Gelugor,  dan Kuala Ketil. Terutama sekali orang-orang yang berniaga dan tukang masak kenduri dan tauke-tauke katering kerana saya menjual harga borong.” ujarnya.

Zaini menceritakan, kini beliau telah menyewa sebuah lagi kedai yang cukup startegik di tengah pekan Padang Serai  tepi Jalan yang menghubungan Tasek Gelugor – Padang Serai seberang jalan Kedai  1 Malaysia di Padang Serai. Beliau yakin kedai ini akan lebih mendapat sambutan.

“ Kedai baru saya di alamat 241, Jalan Bagan, 09400 Padang Serai dan saya menjalankan  perniagaan dari jam 7 pagi hingga 6 petang. Saya bercadang untuk meneruskan operasi di kedai lama tetapi memandangkan tenaga kerja yang kurang untuk sementara ini kedai itu dijadikan stor untuk menyimpan barangan frozen. Untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi saya ditalian 012-585 3799

Disamping menjual barang-barang frozen seperti daging sejuk beku, kambing sejuk beku, burung puyuh, daging rusa  juga barang-barang sejuk beku burger.  Kedai beliau juga menjual daging, ayam dan itek daging segar juga rempah ratus persiapan kenduri, telur pelbagai gred serta pelbagai jenis ikan kering serta sotong kering.
Freezer di dalam kedai

“Saya menjemput orang-orang yang berniaga dan tukang-tukang masa kenduri serta pengusaha catering khususnya begitu juga masyarakat sekitar Padang Serai untuk mendapatkan bekalan ini dari kedai saya. Saya menjual dengan harga borong.”

“Saya tidak mengikut harga pasaran peniaga sekitar sini kalau sesuatu barangan itu saya dapat murah saya akan menjual murah” ujarnya.

Menurut Zaini sebagai seorang peniaga beliau perlu mempelbagaikan perniagaan berdasarkan sumber yang ada. Beliau juga menjual kambing golek yang siap diperap. Disamping itu untuk ahli keluarga yang hendak berkelah beliau juga menjual ayam dan kambing yang juga siap di perap.

“Permintaan kambing dan ayam yang diperap amat mengalakkan terutama di musim-musim cuti sekolah” Ujarnya kepada Utara Biz.

KALAU ANDA LAPANG BOLEH LAWATI BLOG ZAINI FRESH & FROZEN


http://pszainifreshfrozen.blogspot.my/

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG



KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG