Khamis, 23 Jun 2016

Rempah Grill Alkanz Di Pasarkan


SAUDAGAR Rempah Alkanz yang diasaskan oleh Chef Rozaini Yaakob atau lebih mesra dan dikenali sebagai Chef Roy telah menjalin kerjasama dengan UTARA BIZ  yang diusahakan oleh Arzaman Sulaiman dalam usaha membuat pemasaran dan jualan Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani atau ringkasnya Rempah Grill Alkhanz.  


Rempah Grill Formulasi  Alkanz Yamani ini memang sesuai untuk membakar kambing golek dengan citarasa yang amat menarik. Namun ramuan ini juga boleh diguna untuk membakar daging lain  dan ayam.

Menurut Chef Rozaini Yaakob, beliau mengambil masa yang agak lama membuat kaji selidik untuk menyediakan produk ini dengan citarasa yang lain dari yang lain serta menjadikan produk ini begini.

“ Saya terpanggil apabila sahabat saya Arzaman pemilik UTARA BIZ  mencadangkan dia sanggup memasarkan produk ini secara offline dan online.  Kami telah lama  berkawan dan saya tahu kebolehan dan bakat yang beliau miliki. Lagi pun saya siibuk dengan urusan saya dan bidang pemasaran  memang bidang dia sekarang ini “ ujar Chef Rozaini Yaakob.


Sementara itu Arzaman Sulaiman memberitahu, segala-galanya bermula apabila beliau pergi mengambil bahan untuk terbitan UTARA BIZ  daripada seorang yang  mengusahakan ternakan kambing dan kibas, Muzakir di Machang Bubok.

“Apabila saya menemui  Muzakir pengusaha ternakan kambing dan kibas itu beliau memberitahu bahawa sahabatnya Zakaria yang juga merupakan dua pupu dengan  saya mengajaknya mengusahakan projek kambing golek. Akhir-akhir ini kambing golek dilihat mendapat sambutan daripada masyarakat. Cuma masalahnya mereka tidak tahu bagaimana menyediakannya.”

“ Saya memberitahu Muzakir kalau benar mereka serius saya boleh memanggil sahabat saya Chef Roy untuk membantu mereka. Suatu hari saya mengatur pertemuan dan sekaligus pembelajaran untuk mengolek kambing. Walaupun saya dah lama berkawan itulah pertama kali saya menikmati kambing golek ramuan Rempah Grill Formulasi  Alkanz Yamani ini. Saya dibekalkan oleh Muzakir dan Zakaria untuk bawa balik sedikit dekat keluarga. Mereka makan dan teruja dan minta saya menghubungi Chef Roy mendapatkan bahan itu untuk kami bakar ayam dan daging di rumah.”

“Saya menghubungi beliau dan kami mengatur masanya dengan Chef Roy turut bersama kami sekeluarga membakar dan menikmati  Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani itu. Anak sulung saya yang baru saja mengadakan majlis BBQ dengan staf di pejabatnya berkata kalau dia tahu awal,  dia akan menggunakan ramuan ini. Bertitik tolak di sinilah saya tawarkan diri untuk memasarkan produk ini dan Chef Rozaini secara spontan memberikan ‘right’ untuk melantik saya menjadi pengedar tunggalnya.”

Konsep Hidangan di Pelaut Cafe sentuhan Chef Roy
Chef Rozaini Yaakob merupakan  seorang chef yang terkenal dengan masakan arab dan western. Hampir semua Restoran Nasi Arab di sekitar Kulim, Bukit Mertajam, Seberang Jaya dan Kepala Batas mendapat sentuhan pertama darinya. Buat masa ini Chef Rozaini berada di Pulau Langkawi  mengatur, mengurus dan promosi sebuah restoran di sana  yang dinamakan  Pelaut CafĂ©. 


Beliau  merupakan Pakar Perunding Konsep dan Masakan untuk pengusaha restoran memulakan  perniagaan.  Konsep yang diketengahkan  selalunya agak unit dan menarik. Jadi bagi mereka yang ingin membuka restoran  boleh dapatkan sentuhan  Chef Rozaini  012-529 9108 dan bagi mereka yang ingin membuat BBQ atau hendak bakar daging dan ayam di rumah dan merasai kenikmatan Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani boleh berhubung dengan Arzaman 019-580 7802.

Kalau anda lapang boleh juga lawati blog Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamanihttp://alkanzsaudagarrempah.blogspot.com/