Tuesday, January 26, 2016

Homestay di Kondo Mewah

Bukit Mertajam  : Lazimnya homestay yang terdapat di merata tempat bertaraf biasa sahaja. Namun kini Azman Ahmad seorang pengusaha kantin kilang yang juga membekal pekerja untuk  kilang dan pejabat di Kawasan Perusehaan Perai telah mengorak langkah memperkenalkan homestay bertaraf Eksklusif tetapi dengan kos yang rendah.

Menurut Azman Ahmad, ini perniagaan baru yang diterokainya. Idea ini timbul setelah melihat permintaan terhadap perkhidmatan penyediaan homestay amat memberangsangkan. Namun beliau mengambil pendekatan baru yang berani dengan menyediakan perkhidmatan homestay bertaraf mewah dengan kadar harga yang tidak begitu mahal.

“Saya menawarkan homestay di kondominium  mewah The Signature, Jalan Baru Perai dengan hanya RM300. Homestay bertaraf 5 bintang ini menyediakan perkhidmatan keselamatan 24 jam, 2 lot parking , terdapat kolam renang, sauna dan gimnasium untuk kemudahan penghuni kondominium tersebut”

“Disamping itu kondominium ini berdekatan dengan UITM dan  Politeknik Seberang Perai, Pasaraya Mydin dan tidak jauh daripada Pasific Mall, Sunway City AEON, kawasan Perusehaan Perai malah mengambil masa 5 minit untuk ke Jambatan Pulau Pinang”

“Saya mempelawa  orangramai yang berkunjung ke Pulau Pinang untuk bercuti atau menghantar anak di UITM dan Politeknik boleh menginap  di homestay mewah gaya eksklusif ini  untuk keluarga dengan harga yang amat berpatutan” katanya kepada UTARA BIZ.

Azman Ahmad memberitahu  beliau berasal daripada Alor Setar dan datang ke Pulau Pinang 20 tahun lalu. Beliau bekerja di kantin untuk mencari pengalaman menguruskan kantin khususnya kantin kilang. Akhirnya kini berjaya menjadi pengusaha kantin.

Sehingga kini beliau telah diberikan kepercayaan untuk menguruskan tiga buah kantin. Disamping itu dengan hubungan baik yang beliau bina bersama pihak pengurusan kilang kini beliau diberikan kepercayaan untuk membekal pekerja kepada beberapa buah kilang di sekitar Seberang Perai.

“Bagi mereka yang ingin menginap di homestay mewah ini dan  bagi anak-anak muda yang ingin mencari pekerjaan boleh menghubungi saya di talian 017-407 4112” 

"Saya menjemput Tuan/Puan melawat blog saya : http://homestaybungaimpian.blogspot.my/ujarnya kepada UTARA BIZ.


Homestay Eksklusif  di Kondo Mewah The Signature





Kondo Mewah The Signature Ada Homestay 


Promo Utara Biz




Tuesday, January 19, 2016

Zulhaimi Mengambil Alih Perniagaan Dari Seorang Peniaga Cina

KEPALA BATAS : Jeruk buah memang sinonim dengan orang Pulau Pinang. Sekiranya orang luar datang ke Pulau Pinang pasti akan membawa balik jeruk ke tempat mereka.  Dahulunya pengeluaran jeruk ini dimonopoli oleh orang-orang cina dan akhir-akhir ini muncul nama Pak Ali sebagai pengeluar jeruk bumiputra yang cukup terkenal di Pulau Pinang.

Desert Home Enterprise mengambil peluang ini untuk membuka perniagaan dengan menjadikan Jeruk Pak Ali sebagai produk utama perniagaan mereka. Desert Home Enterprise yang dimiliki oleh sepasang suami isteri Zulhaimi Dahalan dan Noin Marzuki.


 Mereka berdua  telah menjalankan perniagaan ini sejak bulan April tahun lepas. Perniagaan ini diuruskan sepenuhnya oleh isteri Zulhaimi, Noin  dan dibantu oleh bapa mentuanya Pak Marzuki.


Sesuatu yang menarik mengenai Desert Home Enterprise ini yang pada mulanya diasaskan oleh seorang peniaga cina dan akhirnya diambil alih oleh pasangan suami isteri ini. Tauke asal perniagaan ini ingin menjual perniagaannya  dan memberitahu bapa mentua Zulhaimi.  Bapa mentuanya yang tahu keinginan anaknya untuk berniaga terus menghubungi anaknya. Setelah mengadakan perbincangan akhirnya mereka bersetuju untuk mengambil alih perniagaan ini.


Menurut Zulhaimi beliau memberanikan diri mengambil alih perniagaan daripada seorang peniaga cina setelah melihat kesungguhan dan keinginan isterinya untuk berniaga. Disamping menjalankan perniagaan ini akan memudahkan dia menguruskan rumahtangga dan anak mereka.


“Walaupun menjalankan perniagaan menuntut lebih banyak masa untuk berada di kedai namun pekerjaan ini tidak terikat dengan kerja di pejabat dan bila-bila ada keperluan untuk menguruskan anak tidak menimbulkan sebarang masalah. Isteri saya boleh tinggalkan kedai kepada bapa mentua saya dan dia boleh uruskan soal anak.”



“Alhamdulillah setelah lapan bulan menjalankan perniagaan, saya dapati sambutan masyarakat tempatan amat mengalakkan khususnya di hari cuti Sabtu dan Ahad serta  cuti penggal persekolahan. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Permatang Sintok khususnya jika ada kelapangan boleh berkunjung ke kedai kami untuk mendapatkan Jeruk Pak Ali dan lain-barangan.”


“Kedai kami terletak di No.23, Jalan Sintok 1, Taman Permatang Sintok, Penaga Kepala Batas, Seberang Perai Utara.” ujarnya.


Disamping memasarkan Jeruk Pak Ali Desert Home juga ada menjual pelbagai jenis jeruk kering, makanan ringan, kerepek, minum dalam botol dan tin dan lain-lain lagi.“Pada kesempatan ini,  saya mempelawa pengeluar produk bumiputra tempatan yang berada di sekitar Seberang Perai khususnya boleh meletak produk mereka di kedai kami dalam bentuk consignment  untuk kami pasarkan”


“Dengan mengambil alih perniagaan ini daripada seorang peniagaan cina secara tidak langsung kami dapat membantu membuka peluang perniagaan kepada pengeluar produk bumiputra lainnya untuk memasarkan produk mereka melalui kami di sini.” katanya kepada UTARA BIZ.



Vedio Desert Home Enterprise 1




Vedio Desert Home Enterprise 2



Monday, January 11, 2016

UTARA BIZ Lancar Produksi Vedio Perniagaan Profesional

HARI ini UTARA BIZ melancarkan Khidmat Produksi Vedio Perniagaan Profesional untuk menghasilkan DOKUMENTARI & SHORT FILEM PERNIAGAAN.


Blogger Utara Biz akan menggunakan segala pengalaman dibidang penulisan skrip drama TV untuk menghasilkan Short Filem Perniagaan ini. Beliau juga akan menggunakan pengalaman dibidang kewartawanan untuk menghasilkan dokumentari. Blogger UTARA BIZ bersama sahabatnya Sukri Shawal pernah mengikuti Bengkel Penerbitan Vedio di Finas selama 5 hari.

Sukri Shawal merupakan bekas Stringer Jurukamera Astro Awani merupakan pakar dibidang pergambaran dan editing vedio .

Vedio Perniagaan Profesional yang dihasilkan ini akan dimuat naik ke Youtube sebagai salah satu saluran promosi. Vedio ini juga ada dipaparkan di Utara Biz sementara pemilik vedio ini boleh mengambil link dan dimuat naik di laman web atau blog serta boleh dimainkan di halaman media social sebagai promosi.



Kos penerbitan vedio seumpama ini agak tinggi namun UTARA BIZ  tidak akan mengenakan bayaran yang terlalu tinggi sepertimana syarikat lain kerana konsep menerbitkan UTARA BIZ adalah untuk membantu para peniaga khususnya bumiputra mengiklankan perniagaan, perkhidmatan dan produk mereka.  Disamping itu  Blogger dan sahabatnya  dapat mengembangkan bakat dan  minat dibidang ini.