Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan

Rabu, 18 Oktober 2017

TERMINAL FERI SULTAN ABDUL HALIM RUNTUH


KALAU kita kata terminal feri Sultan Abdul Halim runtuh dan mengorbankan 32 orang dan 1,674 orang cedera diyakini ramai generasi baru tidak mengetahui peristiwa ini. Peristiwa ini berlaku pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988

Punca tragedi ini adalah kesesakan teruk di Pangkalan Sultan Abdul Halim ini sekitar 10,000 orang. Terdapat dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown.

Patung-patung puteri dewi ini diarak di sepanjang jalan berlampu warna-warni di tengah-tengah bandar raya pada hari Ahad malam 31 Julai 1988. Penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir kerana ia diadakan 60 tahun sekali saja mengikut kalendar China (sekali dalam jangka masa seumur hidup) dan perayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud 'Dewi Pemurah'. Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga turut serta ketika itu.

Gereja St Anne di Bukit Mertajam juga mengadakan pesta besar-besaran sempena ulang tahunnya. Ramai kaum Cina menganut ugama Kristian berdoa di gereja ini pada pagi Ahad dan petangnya mereka bergerak ke Pulau Pinang untuk melancong dan melakukan upacara keagamaan Buddha.
Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung 'serbuan' 10,000 penumpang. Tiangnya daripada besi kongkrit sementara lantai daripada papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah.

Pangkalan ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari Stesen bas Butterworth - keluar dan masuk. Jam 4.40 petang itu, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk.

Mangsa dibawa ke Hospital Butterworth, Hospital Bukit Mertajam dan lain-lain. Pasukan Bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa. Laluan sebelah kiri itu terhenti seluruhnya. Tetapi laluan sebelah kanan masih boleh beroperasi membawa penumpang ke pulau dan sebaliknya. Runtuhan ini dibiarkan begitu sahaja buat beberapa lama untuk siasatan dan rancangan pembesaran.
Hari ini UTARA BIZ dapat menjejaki salah seorang mangsa terjedi terminal feri di Pengalan Sultan Abdul Halim runtuh 29 tahun yang lalu, beliau ialah Ah Huat berusia 42 tahun dan semasa kejadian beliau berusia 13 tahun.

Kecederaannya membawa beliau kini cacat dan tidak dapat bekerja seperti orang biasa. Apabila ditanya bagaimana peristiwa itu berlaku beliau tidak lagi dapat mengingatinya. Kini beliau hidup sendian di Padang Serai, Kedah.

Menurut Ah Huat, beliau merupakan anak bongsu daripada 5 beradik dan ibunya kini tinggal bersama abangnya di Singapura dan mereka akan balik Padang Serai setiap kali sambutan Tahun Baru Cina.

Apabila ditanya bagaimana beliau menyara kehidupannya, Ah Huat menjelaskan beliau memdapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300.00 di bawah skim OKU di samping itu beliau juga mengutip kotak dan tin-tin minuman kosong.

Ahad, 15 Oktober 2017

KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG



Baling adalah sebuah daerah yang terletak dalam negeri Kedah. Ia bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat, daerah Sik di utara, Negeri Perak di sebelah tenggara dan Negara Thailand di sebelah timur laut.
Ia mempunyai keluasan sebanyak 1,530 kilometer persegi atau 590.32 batu persegi. Dengan keluasan tersebut, Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di negeri Kedah selepas daerah Sik. Setakat Februari 2011, jumlah penduduk daerah Baling ialah 159,487 orang.

Baling walaupun  hanya sebuah pekan  kecil tetapi merupakan daerah yang kedua terbesar  di Kedah telah mencatit beberapa sejarah besar negara. Pada tahun 1955 Tunku Abdul Rahman Putra telah mengadakan rundingan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng.

Pada bulan November 1974 pula terdapat dua tunjuk perasaan besar di daerah itu berikutan harga getah jatuh. Manakala 19 November 1985 pula  berlaku Peristiwa Mamali yang telah mengorbankan 18 orang termasuklah empat anggota polis semasa pertempuran antara orang kampung dengan polis berpuluh yang lain cedera dan ratusan orang khususnya penduduk kampung ditahan.

Terbaharu Pada September 2014, Baling mencatitkan lagi satu sejarah apabila Pengarah Filem tersohor Yasin Salleh telah menganjurkan Ziarah Karyawan di Kampung Lestari Ulu Legong. Ziarah Karyawan Utara ini telah menghimpunkan seluruh gerne karyawan di negara ini  termasuk Singapura.  Kini Ziarah Karyawan terus bergerak menjejaki serata tempat di negara ini dan daerah Baling yang mencetuskan gagasan ini. 

Menurut cerita sejarah awal kewujudan kolam air panas ini apabila Sultan Kedah (Sultan Abdul Hamid, Nenda kepada Sultan Abdul Halim) telah berkenan berkunjung dan bersiram di Kolam Air Panas Kampung Ulu Legong. Penduduk kampung telah bergotong royong membina kolam simen empat segi berukuran lebih kurang 100 kp yang mana bahan-bahan binaan ini telah diangkut masuk menggunakan gajah.

Namun  kawasan Ulu Legong pernah menjadi kawasan hitam. Sekitar tahun 1940an tentera Jepun  telah menjadikan persekitaran Kampung Ulu Legong sebagai salah satu kawasan operasi tentera yang merupakan laluan masuk dari Thailand. Manakala sekitar tahun 1970an pula ATM turut menggunakan kawasan sekitar kolam air panas ini sebagai markas operasi tentera untuk memburu anggota Komunis.

Pada tahun 1980 berlaku tragedi serangan komunis terhadap penduduk Kampung 15, Kampung Ulu Legong dan kemudiannya berlaku satu lagi serang hendap komunis ke atas Konvoi Tentera di akhir tahun 1981

Namun hari ini segala-galanya berubah  Ulu Legong  mempunyai Pusat Rekreasi Air Panas   salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di daerah Baling malah seluruh negeri Kedah. Pusat ini mula beroperasi sejak Tahun 1998, lokasinya di Mukim Siong kira-kira 22km dari Pekan Baling.

Taman Rekreasi ini  beroperasi 24 jam sehari. Jadi, anda boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Terdapat banyak kolam dengan kedalaman dan keluasan yang berbeza serta kadar kesuaman air yang turut berbeza.


Pelbagai kemudahan yang disediakan,  antaranya  dewan seminar, taman permainan kanak-kanak, kolam air panas, tempat letak kenderaan, surau, outdoor gym, tandas awam, bilik persalinan, tapak BBQ, medan selera dan banyak lagi.

Jika anda berhajat berkunjung ke sini , waktu yang paling sesuai untuk mandi ialah pada waktu menjelang lewat tengah malam sehingga waktu Subuh. Suhu sejuk pada waktu-waktu  ini boleh mengurangkan suhu panas air kolam. Pengunjung juga disarankan supaya memastikan dahulu tahap kesihatan diri sesuai dengan tahap kepanasan setiap kolam yang berbeza. Sebuah laluan batu urut refleksologi juga ada disediakan kepada pengunjung oleh  Pihak Pusat Rekreasi Air Panas

Di sini juga terdapat tempat penginapan seperti chalet dan juga tapak untuk berkhemah. Penginapan jenis VIP, standard dan dormitori  disediakan untuk pengunjung .Taman Rekreasi ini sangat selesa dan sesuai datang bersama keluarga.

 Taman Rekreasi ini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai kerana kolam air panas ini di katakan dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Pusat Rekreasi Air Panas ini diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling. Tiket untuk masuk ke Taman ini ialah RM3 untuk kanak-kanak dan RM6 untuk orang dewasa.

Jika anda ini berkunjung ke sini dan ingin dan membuat tempahan di Chalet yang di sediakan boleh menghubungi  pihak pengurusan pusat rekresi ini seperti di bawah :

Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling Kedah      
Tel : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
Faks : 04-4731026

Isnin, 3 Julai 2017

BLOGGER BANTU PENIAGA KECIL

PADA bulan ini BLOGGER UTARA BIZ akan melancarkan beberapa blog baru sebagai produk untuk para peniaga mengiklankan perniagaan mereka.  BLOGGER telah membuka Portal Padang Serai, Portal Kulim, Portal Kepala Batas dan juga Portal SPT.

BLOGGER amat berharap portal ini akan berkembang menjadi wadah masayarakat tempat itu mendapatkan maklumat malah menjadi wadah kepada para peniaga kecil mengiklankan perniagaan, perkhidmatan dan produk mereka.

Oleh kerana promosi hanya akan dibuat sekitar kawasan berkenaan BLOGGER mengenakan caj perkhidmatan yang cukup murah, lebih murah daripada peniaga menempah banner dan diletakan di serata tempat dan jauh lebih murah daripada peniaga mencetak risalah dan mengenarkan kepada orang ramai.

Tujuan BLOGGER  semata-mata bertujuan untuk membantu para peniaga khususnya orang melayu mempromosi perniagaan dan pastinya akan meningkatkan jualan dengan bakat yang Allah anugerahkan.

Hanya dengan RM30.00 para peniaga dapat mempromosi perniagaan mereka dengan meluas di kawasan mereka. BLOGGER akan menulis satu artikel ringkas dan padat beserta gambar mengenai perniagaan mereka.

BLOGGER  akan memposkan artikel itu dalam portal berkenaan dan seterusnya membuat promosi di grup komuniti FB yang terdapat di kawasan tersebut. BLOGGER akan membuat penghantaran artikel itu ke grup komuniti sebanyak 3X untuk 3 hari. Di samping itu BLOGGER akan menyediakan satu banner dan diletakkan di bawah artikel lain dan akan di link ke artikel yang telah di buat.

Artikel ini akan terus berada di alam maya dan sekiranya orang menaip sesuatu yang berkliatan dengan apa yang di tulis dalam portal ini mereka akan membawa orang itu ke artikel itu. Lagi pun zaman dunia tanpa sempadan ini orang banyak mencari maklumat menggunakan telefon pintar yang diusung ke serata tempat malah ada yang membawanya hingga ke tandas.

Promosi melalui internet dan media sosial amat murah dan amat berkesan. Jesteru itu jangan lepaskan peluan ini.

Disamping itu UTARA BIZ tetap menawarkan perkhidmatan yang hampir sama tetapi ruang promosinya agak meluas meliputi suluruh utara dan kosnya agak lebih RM120.00 untuk satu posting dan di buat promosi lebih 200 grup komuniti di sekitar utara sebanyak 3X dalam masa 3 hari.

Bagi peniaga kecil yang telah naik dan ada budget BLOGGER  menawarkan khidmat membuat, mengurus dan mempromosi portal tersebut dengan  kosnya hanya RM300.00 sebulan.


Cepat bertindak dan rasa kesannya, amat menakjubkan.



KLIK DI IMAGE UNTUK KE PORTAL INI

KLIK DI IMAGE UNTUK KE PORTAL INI

KLIK DI IMAGE UNTUK KE PORTAL INI

KLIK DI IMAGE UNTUK KE PORTAL INI

KLIK DI IMAGE UNTUK KE PORTAL INI

KLIK DI IMAGE UNTUK KE PORTAL INI

Selasa, 8 Disember 2015

Lemah Tenaga Batin Dapatkan Rawatan Dari Pak Ali

LUNAS : Walaupun dunia hari ini semakin canggih dengan segala kemudahan canggih dan peralatan perubatan yang sofisitikated namun tidak semuan penyakit dapat diubati. Penyakit yang berkiatan dengan mainan orang dan iblis syaitan tidak akan mampu diubati oleh perubatan moden.
Jesteru ini biarpun dunia semakin canggih dan sofisitikated namun masyarakat tetap memerlukan pengamal perubatan tradisional untuk mengubati penyakit-penyakit ganjil akibat permainan sahir manusia yang akan melibatkan iblis dan syaitan.
Ali Abu Bakar atau terkenal
denga pangilan Pak Ali

Begitulah kehidupan yang dialami oleh Ali Bin Abu Bakar,65, seorang pengamal perubatan tradisional yang tinggal di Lunas di mana rumahnya tidak pernah sunyi dari dikunjungi oleh orangramai tidak mengira bangsa terdiri daripada Cina, India dan pastinya Melayu untuk mendapat khidmatnya.

Menurut Ali Bin Abu Bakar atau memang popular dengan panggilan Pak Ali, beliau mula mempelajari ilmu-ilmu perubatan sejak kecil daripada bapanya yang juga seorang pengamal perubatan. Ketika berusia 30 tahun barulah mendapat keyakinan untuk berubat penyakit-penyakit yang ringan dan ketika berusia 50 tahun barulah boleh berubat penyakit berat seperti saka.
Pak Ali menunjukan cara
dia kesan penyakit

“Ramai pelanggan yang datang menemui saya meminta saya membantu mereka membuang saka, penyakit akibat daripada permainan sihir manusia yang melibatkan iblis syaitan, masalah hubungan suami isteri atau keluarga dan masalah lemah tenaga batin bagi kaum lelaki.”

“Insya Allah saya akan membantu mereka yang berhajat akan khidmat saya sekadar yang terdaya. Alhamdulillah maklum balas yang saya terima amat baik. Bagi mengubati penyakit lemah tenaga batin saya memerlukan kain putih 4 meter, sebatang rotan kecil, sebilah pisau lipat, taula kecil (good morning towel) juga putih dan cokelat 7 biji.” katanya ketika dikunjugi oleh UTARA BIZ.

Seterusnya Pak Ali memberitahu,  beliau juga boleh membantu mengubati penyakit moden hari ini seperti penyakit barah, kayap dan sakit jantung.


“Kita beruseha Allah yang menyembuhkan dan sekiranya ada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan khidmatnya untuk membantu mengatasi masalah-masalah yang disebutkan tadi juga penyakit lainnya boleh menghubunginya terlebih dahulu di talian 013-509 9924”   katanya  kepada UTARA BIZ.


Pak Ali menceritakan pengalaman beliau sebagai pengamal perubatan tradisional







Jumaat, 20 November 2015

Omara Production Kembali Aktif

OMARA PRODUCTION  merupakan satu-satunya “Production House”  yang cukup aktif di bidang seni dan budaya di Utara khususnya negeri  Pulau Pinang.  Selain menerbitkan album nyanyian, album lawak,   album wayang kulit,  Omara Production juga pernah menerbitkan drama TV.

Menurut pemiliknya  yang juga pengurus Omara Production, Omar Md Hashim,  sehingga kini beliau telah menerbitkan 50 unit album sejak tahun 1991. Album yang paling berjaya dan mencecah pengedaran 200,000 unit ialah album UntukMu Hijau Kuning.

“Album ini sempena kejayaan pasukan bolasepak Kedah menjulang Piala Malaysia. Artisnya pula kombinasi allahyarham M. Sharif, allahyarham Maidin dan Pie. “ kata omara ketika di temui oleh Utara Biz baru-baru ini.

Omara production juga merupakan promoter  persembahan kesenian dan kebudayaan dan mempunyai kumpulan Boria, Persembahan Gendang Silat,  Ghazal Parti dan kumpulan Muzik De’ Hora untuk membuat persembahan.  Disamping itu Omara Production juga menguruskan artisnya,  Syaifaana Subri.

“ Syaifaana  Subri mempunyai bakat yang cukup besar di bidang nyanyian. Beliau adalah produk beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh RTM. Peserta peringkat  akhir Idols Patriotik 2007,Peserta peringkat akhir pertandingan  Irama Malaysia 2010 dan peserta peringkat akhir  Bintang klasik 2012.”
“Sejak menyertai Omara Production Syaifaana juga telah dilatih untuk menjadi tukang karang Boria Omara. Beliau sungguh bertuah  walaupun baru bergiat dibidang boria  telah mendapat peluang  menjayakan rancangan Boria 13 siri untuk RTM.” Ujarnya.

Menurut Omara, Sehingga kini kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat khususnya pihak syarikat dan pertubuhan untuk mengadakan persembahan kesenian dan kebudayaan amat mengalakkan. Bagi mereka yang ingin mengadakan sebarang persembahan kesenian dan kebudayaan boleh menghubungi  Omara  di talian 013 422 0091. - UTARA BIZ.














Selasa, 17 November 2015

Bantu Perniaga Dengan Bakat Anugerah Ilahi

SELAMA   lebih 30 tahun saya  melibatkan diri dalam bidang penulisan. Bermula dengan menulis cerpen dan puisi dan kemudiannya rencana sastera dan berita aktiviti sastera membawa saya menyertai Bacaria, Utusan Malaysia dan Harian Watan. Ketika giat menulis cerpen dan puisi pernah memenangi sayembara menulis cerpen dan puisi peringkat negeri Pulau Pinang.


Selepas Harian Watan menutup operasi saya ditawarkan sebagai Pengurus Penerbitan/Editor Buletin UMNO Negeri Pulau Pinang “Suara Mutiara”, Pemuda UMNO,  Negeri Pulau Pinang “Minda Pemuda” dan UMNO Bukit Mertajam “Buletin Bukit”


Disamping itu mengalas tanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan Awam di salah sebuah syarikat perumahan yang terkenal di Pulau Pinang. Sesungguhnya bidang Perhubungan Awam merupakan sebahagian daripada tugas wartawan. Malah golongan wartawan amat mengidamkan jawatan tersebut sebagai kemuncak kerjaya mereka di samping menjadi Editor, Penyunting dan sebagainya di agensi berita mereka.

Kini saya banyak menumpukan perhatian dalam penulisan skrip drama TV dan sedang merancang untuk menulis E-Book dan E-Novelet sebagai kelangsungan dari usaha ini. Saya telah  menghasilkan E-Book Pertama  berjudul “Proses Penciptaan Telemovie : Pertemuan Di Kaki Gunung Jerai”.
Saya sedar pasaran E-Book ini  terhad kepada mereka yang berminat dalam penulisan skrip drama TV tetapi oleh kerana bahannya telah sedia ada hanya perlu diolah dan dipersembahkan  maka saya usahakan. E-Book ini. E-Book ini juga kepada mereka   yang berminat mempelajarinya proses penulisan skrip serta yang ingin mengetahui selok belok penerbitan drama khususnya dibidang penulisan.

“Disamping itu dapat meningkatkan kemahiran menghasilkan E-Book. Insya Allah dalam waktu yang terdekat ini saya akan hasilkan dan pasarkan E-Novelet pula”

Bagi mengisi ruang yang ada ini maka saya perkenalkan UTARA BIZ sebuah blog yang akan menyiarkan berita dan rencana perniagaan dan rencana umum dan human interest.   Tujuan mewujudkan UTARA BIZ adalah untuk membantu para perniaga dan usahawan melayu khususnya untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka.

“ Alhamdulillah Allah Azawajalla telah memberikan saya idea dan ilham untuk membantu para perniaga dan usahawan khususnya orang melayu dengan bakat yang di kurniakan kepada saya. Saya hanya mengenakan bayaran yang  paling minima untuk usaha ini “

"Saya meniru konsep Air Asia yang mengenakan tambang murah dengan tagline 'Now Everyone Can Fly' dan saya pula dengan tagline Iklan Jimat Menepati Sasaran. Bila murah sesiapa saja boleh mengiklankan perniagaan, perkhidmatan dan produk mereka"


“Diharapkan para perniaga dan usahawan di Utara khususnya di Kulim, Padang Serai, Sungai Petani, Kuala Ketil dan Seberang Perai mengambil peluang keemasan ini.”






Ahad, 15 November 2015

Peranan Iklan Dalam Perniagaan

Dalam usaha menjalankan perniagaan para usaha perlu menyediakan produk dan perkhidmatan yang baik dan menarik perhatian pengguna. Disamping itu para usahawan juga perlu memikirkan kaedah dan strategi pengiklanan dan pemasaran.

                Pengiklanan merupakan nadi utama perniagaan dalam usaha memaju dan mengembangkan perniagaan. Perniaga perlu merancang pengiklanan yang tersusun dan berkesan. Misalnya kita dapat lihat bagaimana iklan mee segera Maggi begitu berkesan,  sekiranya kita hendak membeli atau memakan mee segera kita akan kata Maggi sedangkan kita memakan jenama lain.


                Manakala kita di peringkat bawah perlu membina jenama kita misalnya kedai bundle. Apabila kita cakap mengenai pakaian bundle di kawasan kita orang akan ingat kedai kita. Disamping pakaian bundle yang kita jual menarik dan berkualiti,  rekaletak kedai, papan iklan dan pegiklanan juga memainkan peranan yang amat penting.

                Jesteru itu syarikat-syaikat multi nasional sanggup membelanjakan  puluhan, ratusan malah jutaan ringgit semata-mata kerana iklan. Mereka ingin membina jenama  dan sekiranya kita bercakap mengenai perkara itu produk kita yang orang bayangkan di minda mereka. Bagi menjayakan hasrat itu mereka menggunakan TV, Radio dan akhbar arus perdana sebagai medium menyalurkan iklan mereka.

               Persoalannya sekiranya iklan tidak berkesan  dan pengiklanan merupakan satu pembaziran sanggupkah mereka membelanjakan wang sebanyak itu untuk pengiklanan? Jawapannya iklan pasti memberikan kesan dan dapat memberikan keuntungan yang
berlipat kali ganda. Mereka merangka strategi yang berkesan, tersusun dan berterusan untuk mengiklankan produk atau pun perkhidmatan mereka.

                Berdasarkan fakta ini setiap usahawan yang menjalankan perniagaan perlu memikirkan mengenai pengiklanan. Mereka perlu mencari jalan untuk mengiklankan perniagaan mereka di mana saja ada kesempatan supaya masyarakat sedar dan tahu perkhimatan dan produk yang mereka niagakan.

                Sekiranya para peniaga memikirkan strategi pemasaran dan pengiklanan  dan melaksanakannya maka perniagaan mereka pasti akan berkembang dengan lebih pesat dan memberansangkan. Lantaran itu para perniaga perlu memperuntukkan sebahagian kecil untuk digunakan untuk iklan.

Menyedari hakikat ini dengan bakat anugerah Ilahi serta pengalaman yang pernah di timba selama ini maka saya tawarkan khidmat menulis berita perniagaan dalam blog ini khususnya masyarakat sekitar  Sungai Petani, Seberang Perai, Kulim, Padang Serai dan Kuala Ketil. Sesiapa yang berminat boleh emel : nurzaman20@gmail.com atau sms/whasapp 019-560 7802. - UTARA BIZ