Tuesday, January 19, 2016

Zulhaimi Mengambil Alih Perniagaan Dari Seorang Peniaga Cina

KEPALA BATAS : Jeruk buah memang sinonim dengan orang Pulau Pinang. Sekiranya orang luar datang ke Pulau Pinang pasti akan membawa balik jeruk ke tempat mereka.  Dahulunya pengeluaran jeruk ini dimonopoli oleh orang-orang cina dan akhir-akhir ini muncul nama Pak Ali sebagai pengeluar jeruk bumiputra yang cukup terkenal di Pulau Pinang.

Desert Home Enterprise mengambil peluang ini untuk membuka perniagaan dengan menjadikan Jeruk Pak Ali sebagai produk utama perniagaan mereka. Desert Home Enterprise yang dimiliki oleh sepasang suami isteri Zulhaimi Dahalan dan Noin Marzuki.


 Mereka berdua  telah menjalankan perniagaan ini sejak bulan April tahun lepas. Perniagaan ini diuruskan sepenuhnya oleh isteri Zulhaimi, Noin  dan dibantu oleh bapa mentuanya Pak Marzuki.


Sesuatu yang menarik mengenai Desert Home Enterprise ini yang pada mulanya diasaskan oleh seorang peniaga cina dan akhirnya diambil alih oleh pasangan suami isteri ini. Tauke asal perniagaan ini ingin menjual perniagaannya  dan memberitahu bapa mentua Zulhaimi.  Bapa mentuanya yang tahu keinginan anaknya untuk berniaga terus menghubungi anaknya. Setelah mengadakan perbincangan akhirnya mereka bersetuju untuk mengambil alih perniagaan ini.


Menurut Zulhaimi beliau memberanikan diri mengambil alih perniagaan daripada seorang peniaga cina setelah melihat kesungguhan dan keinginan isterinya untuk berniaga. Disamping menjalankan perniagaan ini akan memudahkan dia menguruskan rumahtangga dan anak mereka.


“Walaupun menjalankan perniagaan menuntut lebih banyak masa untuk berada di kedai namun pekerjaan ini tidak terikat dengan kerja di pejabat dan bila-bila ada keperluan untuk menguruskan anak tidak menimbulkan sebarang masalah. Isteri saya boleh tinggalkan kedai kepada bapa mentua saya dan dia boleh uruskan soal anak.”



“Alhamdulillah setelah lapan bulan menjalankan perniagaan, saya dapati sambutan masyarakat tempatan amat mengalakkan khususnya di hari cuti Sabtu dan Ahad serta  cuti penggal persekolahan. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Permatang Sintok khususnya jika ada kelapangan boleh berkunjung ke kedai kami untuk mendapatkan Jeruk Pak Ali dan lain-barangan.”


“Kedai kami terletak di No.23, Jalan Sintok 1, Taman Permatang Sintok, Penaga Kepala Batas, Seberang Perai Utara.” ujarnya.


Disamping memasarkan Jeruk Pak Ali Desert Home juga ada menjual pelbagai jenis jeruk kering, makanan ringan, kerepek, minum dalam botol dan tin dan lain-lain lagi.“Pada kesempatan ini,  saya mempelawa pengeluar produk bumiputra tempatan yang berada di sekitar Seberang Perai khususnya boleh meletak produk mereka di kedai kami dalam bentuk consignment  untuk kami pasarkan”


“Dengan mengambil alih perniagaan ini daripada seorang peniagaan cina secara tidak langsung kami dapat membantu membuka peluang perniagaan kepada pengeluar produk bumiputra lainnya untuk memasarkan produk mereka melalui kami di sini.” katanya kepada UTARA BIZ.



Vedio Desert Home Enterprise 1




Vedio Desert Home Enterprise 2



No comments:

Post a Comment