Jumaat, 20 November 2015

Omara Production Kembali Aktif

OMARA PRODUCTION  merupakan satu-satunya “Production House”  yang cukup aktif di bidang seni dan budaya di Utara khususnya negeri  Pulau Pinang.  Selain menerbitkan album nyanyian, album lawak,   album wayang kulit,  Omara Production juga pernah menerbitkan drama TV.

Menurut pemiliknya  yang juga pengurus Omara Production, Omar Md Hashim,  sehingga kini beliau telah menerbitkan 50 unit album sejak tahun 1991. Album yang paling berjaya dan mencecah pengedaran 200,000 unit ialah album UntukMu Hijau Kuning.

“Album ini sempena kejayaan pasukan bolasepak Kedah menjulang Piala Malaysia. Artisnya pula kombinasi allahyarham M. Sharif, allahyarham Maidin dan Pie. “ kata omara ketika di temui oleh Utara Biz baru-baru ini.

Omara production juga merupakan promoter  persembahan kesenian dan kebudayaan dan mempunyai kumpulan Boria, Persembahan Gendang Silat,  Ghazal Parti dan kumpulan Muzik De’ Hora untuk membuat persembahan.  Disamping itu Omara Production juga menguruskan artisnya,  Syaifaana Subri.

“ Syaifaana  Subri mempunyai bakat yang cukup besar di bidang nyanyian. Beliau adalah produk beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh RTM. Peserta peringkat  akhir Idols Patriotik 2007,Peserta peringkat akhir pertandingan  Irama Malaysia 2010 dan peserta peringkat akhir  Bintang klasik 2012.”
“Sejak menyertai Omara Production Syaifaana juga telah dilatih untuk menjadi tukang karang Boria Omara. Beliau sungguh bertuah  walaupun baru bergiat dibidang boria  telah mendapat peluang  menjayakan rancangan Boria 13 siri untuk RTM.” Ujarnya.

Menurut Omara, Sehingga kini kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat khususnya pihak syarikat dan pertubuhan untuk mengadakan persembahan kesenian dan kebudayaan amat mengalakkan. Bagi mereka yang ingin mengadakan sebarang persembahan kesenian dan kebudayaan boleh menghubungi  Omara  di talian 013 422 0091. - UTARA BIZ.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan