Tuesday, November 17, 2015

Bantu Perniaga Dengan Bakat Anugerah Ilahi

SELAMA   lebih 30 tahun saya  melibatkan diri dalam bidang penulisan. Bermula dengan menulis cerpen dan puisi dan kemudiannya rencana sastera dan berita aktiviti sastera membawa saya menyertai Bacaria, Utusan Malaysia dan Harian Watan. Ketika giat menulis cerpen dan puisi pernah memenangi sayembara menulis cerpen dan puisi peringkat negeri Pulau Pinang.


Selepas Harian Watan menutup operasi saya ditawarkan sebagai Pengurus Penerbitan/Editor Buletin UMNO Negeri Pulau Pinang “Suara Mutiara”, Pemuda UMNO,  Negeri Pulau Pinang “Minda Pemuda” dan UMNO Bukit Mertajam “Buletin Bukit”


Disamping itu mengalas tanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan Awam di salah sebuah syarikat perumahan yang terkenal di Pulau Pinang. Sesungguhnya bidang Perhubungan Awam merupakan sebahagian daripada tugas wartawan. Malah golongan wartawan amat mengidamkan jawatan tersebut sebagai kemuncak kerjaya mereka di samping menjadi Editor, Penyunting dan sebagainya di agensi berita mereka.

Kini saya banyak menumpukan perhatian dalam penulisan skrip drama TV dan sedang merancang untuk menulis E-Book dan E-Novelet sebagai kelangsungan dari usaha ini. Saya telah  menghasilkan E-Book Pertama  berjudul “Proses Penciptaan Telemovie : Pertemuan Di Kaki Gunung Jerai”.
Saya sedar pasaran E-Book ini  terhad kepada mereka yang berminat dalam penulisan skrip drama TV tetapi oleh kerana bahannya telah sedia ada hanya perlu diolah dan dipersembahkan  maka saya usahakan. E-Book ini. E-Book ini juga kepada mereka   yang berminat mempelajarinya proses penulisan skrip serta yang ingin mengetahui selok belok penerbitan drama khususnya dibidang penulisan.

“Disamping itu dapat meningkatkan kemahiran menghasilkan E-Book. Insya Allah dalam waktu yang terdekat ini saya akan hasilkan dan pasarkan E-Novelet pula”

Bagi mengisi ruang yang ada ini maka saya perkenalkan UTARA BIZ sebuah blog yang akan menyiarkan berita dan rencana perniagaan dan rencana umum dan human interest.   Tujuan mewujudkan UTARA BIZ adalah untuk membantu para perniaga dan usahawan melayu khususnya untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka.

“ Alhamdulillah Allah Azawajalla telah memberikan saya idea dan ilham untuk membantu para perniaga dan usahawan khususnya orang melayu dengan bakat yang di kurniakan kepada saya. Saya hanya mengenakan bayaran yang  paling minima untuk usaha ini “

"Saya meniru konsep Air Asia yang mengenakan tambang murah dengan tagline 'Now Everyone Can Fly' dan saya pula dengan tagline Iklan Jimat Menepati Sasaran. Bila murah sesiapa saja boleh mengiklankan perniagaan, perkhidmatan dan produk mereka"


“Diharapkan para perniaga dan usahawan di Utara khususnya di Kulim, Padang Serai, Sungai Petani, Kuala Ketil dan Seberang Perai mengambil peluang keemasan ini.”






No comments:

Post a Comment