Monday, November 23, 2015

“Lunch Box” Pelbagai Menu Teras Perniagaan Yusliza Food

BUKIT MERTAJAM : Arieza Md. Yusof pemilik Yusliza Food Bukit Mertajam  telah mengambil langkah drastik dengan berhenti kerja Chef di Kilang Matel, Prai setelah berkhidmat lebih 9 tahun. Tindakan ini dibuat bagi memberi perhatian yang serius di bidang perniagaan dan keusahawanan.

 Arieza Md. Yusof telah memulakan usaha niaganya lama dulu ketika masih bekerja . Namun kekangan tugas membuatkan perniagaan yang dibina tidak dapat pergi jauh. Memikirkan itu beliau mengambil satu keputusan drastik dengan berhenti kerja dan menjalankan perniagaannya sepenuh masa.

“ Kita perlu berani membuat perubahan jika ingin maju. Namun sebelum keputusan ini di buat kita perlu membuat perancangan yang rapi.” katanya penuh bersemangat ketika ditemui oleh UTARA BIZ.

Menurut Arieza, beliau menjalankan perniagaan berdasarkan ‘homemade’ dengan melancarkan ‘Lunch Box’  dan dipasarkan melalui media social seperti FB dan Whasapp dan makanan yang di pesan akan dihantar terus kepada pelanggan.  Menu ‘Lunch Box’nya di tukar setiap hari bagi mengelakkan kebosanan pelanggannya.

“Saya akan pergi membeli barang dan ketika menyediakan makanan sehingga siap pembungkusan saya telah mengambil gambar dan menghantar ke media social berkenaan dan bertanyakan sesiapa yang ingin membuat pesanan."

“Alhamdulillah buat masa ini sambutan daripada pelanggan yang mengetahui  sentuhan tangan saya. Saya banyak menerima  tempahan  daripada pekerja-pekerja sector industri di Prai khususnya Sony. Bagi mereka yang bekerja di sector industri khususnya di Prai boleh melihat menu yang disediakan di Facebook dan Whasapp dan buatlah tempahan, Saya akan hantar.”  ujarnya.

Disamping menjalankan perniagaan ‘Lunch Box’ beliau juga mengambil tempahan untuk sebarang jenis jamuan dan majlis makan-makan. Beliau menerima semua tempahan tidak mengira samada kecil atau besar. Beliau mampu menyediakan makanan Melayu, Cina, Arab dan Western.

“Di musim-musim perayaan pula saya mengambil tempahan kueh-kueh tradisional seperti dodol, ketupat dan rendang dan pelbagai kueh tradisional lain. Saya juga mengambil tempahan kek harijadi dan bakery lainnya”

“Sehingga kini saya banyak mendapat tempahan majlis-majlis jamuan makan daripada bank dan Ngo. Saya menerima semua tempahan baik kecil atau besar. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis jamuan makan dan juga ingin membuat tempahan ‘Lunch Box’ boleh hubungi saya ditalian 018-944 4096” ujarnya kepada UTARA BIZ. Arzaman Sulaiman















No comments:

Post a Comment