Wednesday, October 18, 2017

TERMINAL FERI SULTAN ABDUL HALIM RUNTUH


KALAU kita kata terminal feri Sultan Abdul Halim runtuh dan mengorbankan 32 orang dan 1,674 orang cedera diyakini ramai generasi baru tidak mengetahui peristiwa ini. Peristiwa ini berlaku pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988

Punca tragedi ini adalah kesesakan teruk di Pangkalan Sultan Abdul Halim ini sekitar 10,000 orang. Terdapat dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown.

Patung-patung puteri dewi ini diarak di sepanjang jalan berlampu warna-warni di tengah-tengah bandar raya pada hari Ahad malam 31 Julai 1988. Penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir kerana ia diadakan 60 tahun sekali saja mengikut kalendar China (sekali dalam jangka masa seumur hidup) dan perayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud 'Dewi Pemurah'. Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga turut serta ketika itu.

Gereja St Anne di Bukit Mertajam juga mengadakan pesta besar-besaran sempena ulang tahunnya. Ramai kaum Cina menganut ugama Kristian berdoa di gereja ini pada pagi Ahad dan petangnya mereka bergerak ke Pulau Pinang untuk melancong dan melakukan upacara keagamaan Buddha.
Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung 'serbuan' 10,000 penumpang. Tiangnya daripada besi kongkrit sementara lantai daripada papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah.

Pangkalan ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari Stesen bas Butterworth - keluar dan masuk. Jam 4.40 petang itu, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk.

Mangsa dibawa ke Hospital Butterworth, Hospital Bukit Mertajam dan lain-lain. Pasukan Bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa. Laluan sebelah kiri itu terhenti seluruhnya. Tetapi laluan sebelah kanan masih boleh beroperasi membawa penumpang ke pulau dan sebaliknya. Runtuhan ini dibiarkan begitu sahaja buat beberapa lama untuk siasatan dan rancangan pembesaran.
Hari ini UTARA BIZ dapat menjejaki salah seorang mangsa terjedi terminal feri di Pengalan Sultan Abdul Halim runtuh 29 tahun yang lalu, beliau ialah Ah Huat berusia 42 tahun dan semasa kejadian beliau berusia 13 tahun.

Kecederaannya membawa beliau kini cacat dan tidak dapat bekerja seperti orang biasa. Apabila ditanya bagaimana peristiwa itu berlaku beliau tidak lagi dapat mengingatinya. Kini beliau hidup sendian di Padang Serai, Kedah.

Menurut Ah Huat, beliau merupakan anak bongsu daripada 5 beradik dan ibunya kini tinggal bersama abangnya di Singapura dan mereka akan balik Padang Serai setiap kali sambutan Tahun Baru Cina.

Apabila ditanya bagaimana beliau menyara kehidupannya, Ah Huat menjelaskan beliau memdapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300.00 di bawah skim OKU di samping itu beliau juga mengutip kotak dan tin-tin minuman kosong.

No comments:

Post a Comment