Ahad, 22 November 2015

Siti Hajar Pengusaha Bahulu Panas Di AEON Big Seberang Jaya

SEBERANG JAYA : Bahulu adalah kueh tradisional orang melayu. Zaman dulu-dulu kita hanya dapat makan bahulu ini ketika hari raya dan di rumah-rumah  kenduri. Namun perkembangan moden hari ini kita dapat makan bahulu hari-hari malah kini kueh tradisional ini melalui inovasi daripada pengusaha kueh tradisional dengan memperkenalkan bahulu pelbagai jenis bahulu.
Siti Hajar Md. Ali 

Menurut Siti  Hajar Mohd Ali, 36, seorang pengusaha kuih tradisional bahulu panas,  kini terdapat pelbagai jenis bahulu seperti bahulu asli, Bahulu coklat rice, Bahulu jem / coklat,Bahulu ikan emas / kecil, Bahulu set hantaran.

Katanya, Bahulu coklat rice merupaka ‘killer’ produknya kerana sambutan yang diterima daripada pelanggan amat baik. Para pelanggannya  datang daripada pelbagai tempat seperti Sungai Petani, Parit Buntar, sebelah Pulau, Kulim dan masyarakat sekitar Seberang Jaya dan Bukit Mertajam.

“ Alhamdulillah pelanggan saya lazimnya akan datang semula. Saya dapat kenal pasti apabila mereka membawa bekas lama dan membeli yang baru saya akan kurangkan RM2.00. Disamping menjalankan perniagaan di AEON Big dan Cherok Tok Kun untuk pelanggan ‘walk in’ saya juga menerima tempahan untuk majlis-majlis kenduri dan keramaian, Hari Raya malah Tahun baru Cina. Saya mendapat banyak tempahan”



“Pada mulanya saya menjalankan perniagaan di rumah setelah yakin dengan  dengan produk ini saya tubuhkan sayarikat  Aja Ali Enterprise dan membuka perniagaan di AEON Big, Seberang Jaya. Alhamdulillah sambutannya amat mengalakan dan  di AEON Big sendiri saya ada dua ‘outlet’ satu berhadapan  dengan Pejabat Pos dan lagi satu di dalam AEON Big itu sendiri. (Kini berpindah di MEDAN SELERA CILI PADI (TINGKAT ATAS BERHAMPIRAN KFC).  ”

“Kini saya dah buka cawangan di Cherok Tok Kun dan merancang untuk terus berkembang membuka lebih banyak cawangan dan kalau ada rezeki di seluruh negara. Ini impian besar saya “ katanya ketika di temui oleh UTARA BIZ.

Siti Hajar menubuhkan syarikat Aja Ali Enterprise pada 31 disember  2012 untuk menjalankan perniagaan ini di AEON Big. Di samping menjual bahulu panas di premis perniagaannya juga ada menjual  Kuih tradisional , Kerepek dan rempeyek, pop corn, gula kapas dan pelbagai lagi.

“Saya menjaga kualiti bahan yang digunakan malah telor ayam yang digunakan saya akan membasuh terlebih dahulu. Perniagaan ini amat laris di hujung minggu Jumaat, Sabtu dan Ahad dan pukul rata saya dapat menjual sehari sekitar 1000 biji bahulu tidak termasuk produk-produk lain.”



“Sesiapa yang berkunjung ke AEON Big Seberang Jaya silalah datang ke premis perniagaan saya yang terletak di hadapan Pejabat Pos di AEON Big untuk merasa sentuhan saya.  Bagi masyarakat sekitar Cherok Tok Kun boleh  datang sendiri ke cawangan saya di situ. Sesiapa yang ingin menjadi agen pemasaran boleh hubungi saya. Keterangan lanjut mengenai produk  boleh lawati : http://ajaalienterprise.simplesite.com/ atau menghubungi  saya di talian 019 444 4632, 013 444 4343 dan  013 444 7979” katanya mengakhiri pertemuan. UTARA BIZ.

# NOTA : AJA ALI BAHULU PANAS DULUNYA DI DEPAN PEJABAT POS, AEON BIG SEBERANG JAYA TELAH BERPINDAH KE MEDAN SELERA CILI PADI (TINGKAT ATAS BERHAMPIRAN KFC)
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan