Ahad, 15 November 2015

Peranan Iklan Dalam Perniagaan

Dalam usaha menjalankan perniagaan para usaha perlu menyediakan produk dan perkhidmatan yang baik dan menarik perhatian pengguna. Disamping itu para usahawan juga perlu memikirkan kaedah dan strategi pengiklanan dan pemasaran.

                Pengiklanan merupakan nadi utama perniagaan dalam usaha memaju dan mengembangkan perniagaan. Perniaga perlu merancang pengiklanan yang tersusun dan berkesan. Misalnya kita dapat lihat bagaimana iklan mee segera Maggi begitu berkesan,  sekiranya kita hendak membeli atau memakan mee segera kita akan kata Maggi sedangkan kita memakan jenama lain.


                Manakala kita di peringkat bawah perlu membina jenama kita misalnya kedai bundle. Apabila kita cakap mengenai pakaian bundle di kawasan kita orang akan ingat kedai kita. Disamping pakaian bundle yang kita jual menarik dan berkualiti,  rekaletak kedai, papan iklan dan pegiklanan juga memainkan peranan yang amat penting.

                Jesteru itu syarikat-syaikat multi nasional sanggup membelanjakan  puluhan, ratusan malah jutaan ringgit semata-mata kerana iklan. Mereka ingin membina jenama  dan sekiranya kita bercakap mengenai perkara itu produk kita yang orang bayangkan di minda mereka. Bagi menjayakan hasrat itu mereka menggunakan TV, Radio dan akhbar arus perdana sebagai medium menyalurkan iklan mereka.

               Persoalannya sekiranya iklan tidak berkesan  dan pengiklanan merupakan satu pembaziran sanggupkah mereka membelanjakan wang sebanyak itu untuk pengiklanan? Jawapannya iklan pasti memberikan kesan dan dapat memberikan keuntungan yang
berlipat kali ganda. Mereka merangka strategi yang berkesan, tersusun dan berterusan untuk mengiklankan produk atau pun perkhidmatan mereka.

                Berdasarkan fakta ini setiap usahawan yang menjalankan perniagaan perlu memikirkan mengenai pengiklanan. Mereka perlu mencari jalan untuk mengiklankan perniagaan mereka di mana saja ada kesempatan supaya masyarakat sedar dan tahu perkhimatan dan produk yang mereka niagakan.

                Sekiranya para peniaga memikirkan strategi pemasaran dan pengiklanan  dan melaksanakannya maka perniagaan mereka pasti akan berkembang dengan lebih pesat dan memberansangkan. Lantaran itu para perniaga perlu memperuntukkan sebahagian kecil untuk digunakan untuk iklan.

Menyedari hakikat ini dengan bakat anugerah Ilahi serta pengalaman yang pernah di timba selama ini maka saya tawarkan khidmat menulis berita perniagaan dalam blog ini khususnya masyarakat sekitar  Sungai Petani, Seberang Perai, Kulim, Padang Serai dan Kuala Ketil. Sesiapa yang berminat boleh emel : nurzaman20@gmail.com atau sms/whasapp 019-560 7802. - UTARA BIZ












Tiada ulasan:

Catat Ulasan