Rabu, 25 November 2015

Café Pertama Di Buka Bahagian ‘Rooftop ‘ Bangunan

KULIM : Setiap orang usahawan  yang ingin menjalankan perniagaan  seringkali  memikirkan konsep perniagaan. Rata-rata mereka  ingin mencipta  kelainan bagi menarik perhatian masyarakat.
Rozaini dengan Tok Uban atau Datuk Arif Shah


 Inilah yang dilakukan oleh empat orang sahabat terdiri daripada Junaidi Ahmad, Remy Ahmad, Rozaini Yaakob dan juga Moktar Mohd Yusof  yang berkongsi membuka Combat Café.

Menurut  Rozaini Yaakob,  dalam mencari kelainan dan kebetulan salah seorang  rakan kongsi  mereka Juniadi adalah pesara Tentera Udara Di Raja Malaysia maka mereka terfikir  merekabentuk café  ini ala café yang terdapat mes tentera. Namun begitu nak letakkan nama Ex-Army Café tak menarik dan takut pelanggan yang terdiri dari orang awam merasa janggal.

“Semasa berbincang tiba-tiba terkeluar perkataan combat. Combat dan tentera ada persamaan dan satu lagi combat bermakna apa pun jadi.  Memang sesuai dengan konsep combat apabila kami mengambil keputusan untuk membuka café ini di atas 'rooftop' bangunan kedai dua tingkat ini.”

“Disamping makanan barat yang memang dalam perancangan maka kami mencipta satu menu yang ada kiatan dengan combat maka kami terpikir nasi tok nek dulu-dulu  yang buat nasi goreng guna minyak  goreng ikan dan tidak ada apa di dalamnya. Nasi goreng  seperti itu dan dihidangkan dengan ikan gelama masin dan ditambah udang yang kami namakan Nasi Goreng Perang” katanya.

Rozaini memberitahu, perancangan membuka combat café ini bermula tiga bulan lepas. Apabila keputusan telah dibuat maka mereka  membuat sendiri segala rekabentuk café ini. Mereka menggunakan kayu  palet untuk membuat kerusi dan meja dan hadangan bahagian dapur dengan pelanggan.

Kami menyediakan pelbagai jenis menu dan tumpuan kepada masakan barat kerana di kawasan kulim masih kurang makanan seumpama itu. Disamping itu kami juga menyediakan makanan biasa seperti nasi goreng, mee, bihun dan kuey  teow goreng serta mee bandung.

“Nama pun combat café persiapan pun di buat ala combat sehingga kami tidak sempat untuk membuat papan tanda café. Alhamdulillah sambutan yang diterima daripada masyarakat  amat menggalakkan. Lazimnya jam 8 lebih hingga pukul 10 malam penuh sesak.”

Krew Kambing Golek
“Kami menggunakan sepenuhnya media social dan kawan-kawan untuk mempromosikan combat café dan sambutannya  diluar jangkaan kami.”


“Disamping menjalankan perniagaan café kami  juga mengambil tempahan  menyediakan kambing golek di majlis-majlis jamuan makan. Seekor kambing yang beratnya sekitar 16 dan 17 kg kami akan kenakan RM1200.00” katanya ketika ditemui oleh UTARA BIZ baru-baru ini.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan