Kedai Zaini Fresh & Frozen di Padang Serai, Kedah. |
PADANG SERAI, KEDAH : Kalau anda tinggal di Padang Serai atau
sekitarnya ingin membeli makanan sejuk beku atau ‘frozen’ anda boleh
mendapatkannya daripada Zaini Fresh & Frozen satu-satunya pengusaha kedai
barangan sejuk beku milik orang melayu di sebelah Padang Serai.
Menurut Zaini Abu Bakar, 43,
beliau dan isterinya Mimi mengusahakan perniagaan ini 11 tahun yang lalu. Bermula apabila isterinya
menjalankan perniagaan daging sejuk beku di pasar pagi sementara beliau masih
bekerja sebagai mekanik memperbaiki kontena dengan sebuah syarikat.
Zaini Abu Bakar |
“Saya mengkaji dan melihat
potensi yang besar untuk berkembang maka tiga tahun lalu saya memberanikan diri
membuka syarikat Zaini Fresh & Frozen dengan menyewa kedai di pekan Padang
Serai.”
“Alhamdulillah sambutan yang
saya terima amat mengalakkan. Pelanggan saya bukan saja datang dari Padang
Serai malah meliputi Kulim, Tasek Gelugor, dan Kuala Ketil. Terutama sekali orang-orang
yang berniaga dan tukang masak kenduri dan tauke-tauke katering kerana saya
menjual harga borong.” ujarnya.
Zaini menceritakan, kini
beliau telah menyewa sebuah lagi kedai yang cukup startegik di tengah pekan
Padang Serai tepi Jalan yang
menghubungan Tasek Gelugor – Padang Serai seberang jalan Kedai 1 Malaysia di Padang Serai. Beliau yakin
kedai ini akan lebih mendapat sambutan.
“ Kedai baru saya di alamat
241, Jalan Bagan, 09400 Padang Serai dan saya menjalankan perniagaan dari jam 7 pagi hingga 6 petang.
Saya bercadang untuk meneruskan operasi di kedai lama tetapi memandangkan
tenaga kerja yang kurang untuk sementara ini kedai itu dijadikan stor untuk
menyimpan barangan frozen. Untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi saya ditalian 012-585 3799”
Disamping menjual
barang-barang frozen seperti daging sejuk beku, kambing sejuk beku, burung
puyuh, daging rusa juga barang-barang
sejuk beku burger. Kedai beliau juga
menjual daging, ayam dan itek daging segar juga rempah ratus persiapan kenduri,
telur pelbagai gred serta pelbagai jenis ikan kering serta sotong kering.
Freezer di dalam kedai |
“Saya menjemput orang-orang
yang berniaga dan tukang-tukang masa kenduri serta pengusaha catering khususnya
begitu juga masyarakat sekitar Padang Serai untuk mendapatkan bekalan ini dari
kedai saya. Saya menjual dengan harga borong.”
“Saya tidak mengikut harga
pasaran peniaga sekitar sini kalau sesuatu barangan itu saya dapat murah saya
akan menjual murah” ujarnya.
Menurut Zaini sebagai
seorang peniaga beliau perlu mempelbagaikan perniagaan berdasarkan sumber yang
ada. Beliau juga menjual kambing golek yang siap diperap. Disamping itu untuk
ahli keluarga yang hendak berkelah beliau juga menjual ayam dan kambing yang
juga siap di perap.
“Permintaan kambing dan ayam
yang diperap amat mengalakkan terutama di musim-musim cuti sekolah” Ujarnya
kepada Utara Biz.
KALAU ANDA LAPANG BOLEH
LAWATI BLOG ZAINI FRESH & FROZEN
http://pszainifreshfrozen.blogspot.my/
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan