PADANG SERAI : D’Ammar
Katering adalah satu jenama yang sudah mula di kenali dan sudah tidak asing lagi
bagi masyarakat sekitar Padang Serai.
D’Ammar Katering bukan saja mengendali majlis-majlis
perkahwinan malah tetap memberi perhatian terhadap majlis-majlis kecil seperti
majlis tahlil, majlis harijadi, Hi-Tea dan sebagainya. Malah D’Ammar juga
mengambil tempahan untuk nasi budget dengan minima pesanan sebanyak 30 bungkus.
Pemilik dan Pengurus D’Ammar Katering, Isham Haris Ahmad, 31,
memberitahu, beliau telah melalui proses pembelajaran di bidang penyediaan
makanan dengan belajar di Sekolah Vokasional dan Kolej Komuniti. Setelah tamat
pengajian beliau bekerja di bidang
penyediaan makanan di hotel dan hospital dan beberapa tempat lain.
“Saya bekerja di Hotel Berjaya, Pulau Pinang, Hotel Mutiara
Pulau Pinang, Hospital Pakar Metro Sungai Petani, Kedah Medical Centre, KPJ di
Bandar Perda dan lain-lain sebagai Chef. Di sini saya banyak belajar bagaimana
menyediakan makanan yang baik dan bermutu.” Katanya
Isham Haris Ahmad seterusnya menceritakan, setelah beliau
menimba pengalaman bertahun-tahun dan pada tahun 2011 beliau mula memberanikan
diri berniaga makanan di pekan Padang Serai.
Disamping berniaga beliau juga mengambil tempahan untuk majlis-majlis
kecil.
Beliau mula menumpukan perhatian di bidang perniagaan katering setelah
mendapat tender membekal makanan kepada 250 orang pekerja di AMP, Inokom,
Padang Meha dan seramai 100 orang pekerja di syarikat Johnson Control juga di
Padang Meha.
Menurut Isham Haris Ahmad, walaupun beliau telah menyediakan
pakej tertentu khususnya untuk majlis perkahwinan. Namun beliau sedia
berbincang dengan pelanggan untuk menyediakan pakej budget untuk majlis
perkahwinan.
Disamping itu kini D’Ammar Katering telah memperkenalkan Pakej Anak Abah Kambing
Golek. Pakej ini dinamakan anak abah kambing golek untuk membantu masyarakat mengadakan majlis kenduri aqiqah anak.
“Kami akan mencari kambing yang cukup umur sesuai untuk aqiqah
dan menyediakan kambing golek. kami juga
menyediakan nasi minyak atau nasi putih, ayam masak merah, air limau asam boi dan lain-lain yang berkiatan dengan
kambing golek. Kami akan memberikan percuma khemah dan peralatan katering lain
dan pramusaji.Saya berharap pakej ini akan mendapat sambutan daripada
masyarakat tempatan.”
"Bagi masyarakat yang tinggal di sekitar Seberang Perai, Sungai Petani, Gurun, Baling, Kuala Ketil dan Kulim yang ingin membuat tempahan katering perkhawinan, Majlis Aqiqah Kambing Golek atau lian-lain majlis jamuan boleh berhubungan dengan saya" ujarnya
VIDEO D'AMMAR KATERING
VIDEO PROMO UTARA BIZ
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam