KULIM : Setiap orang usahawan yang ingin menjalankan perniagaan seringkali
memikirkan konsep perniagaan. Rata-rata mereka ingin mencipta kelainan bagi menarik perhatian masyarakat.
Inilah yang dilakukan oleh empat orang sahabat terdiri daripada Junaidi Ahmad,
Remy Ahmad, Rozaini Yaakob dan juga Moktar Mohd Yusof yang berkongsi membuka Combat Café.
Menurut Rozaini
Yaakob, dalam mencari kelainan dan
kebetulan salah seorang rakan kongsi mereka Juniadi adalah pesara Tentera Udara Di
Raja Malaysia maka mereka terfikir
merekabentuk café ini ala café yang
terdapat mes tentera. Namun begitu nak letakkan nama Ex-Army Café tak menarik
dan takut pelanggan yang terdiri
dari orang awam merasa janggal.
“Semasa berbincang tiba-tiba terkeluar perkataan combat.
Combat dan tentera ada persamaan dan satu lagi combat bermakna apa pun jadi. Memang
sesuai dengan konsep combat apabila kami mengambil keputusan untuk membuka café
ini di atas 'rooftop' bangunan kedai dua tingkat ini.”
“Disamping makanan barat yang memang dalam perancangan maka
kami mencipta satu menu yang ada kiatan dengan combat maka kami terpikir nasi tok
nek dulu-dulu yang buat nasi goreng guna
minyak goreng ikan dan tidak ada apa di dalamnya. Nasi goreng seperti
itu dan dihidangkan dengan ikan gelama masin dan ditambah udang yang kami namakan Nasi Goreng Perang” katanya.
Rozaini memberitahu, perancangan membuka combat café ini
bermula tiga bulan lepas. Apabila keputusan telah dibuat maka mereka membuat sendiri segala rekabentuk café ini.
Mereka menggunakan kayu palet untuk
membuat kerusi dan meja dan hadangan bahagian dapur dengan pelanggan.
Kami menyediakan pelbagai jenis menu dan tumpuan kepada
masakan barat kerana di kawasan kulim masih kurang makanan seumpama itu.
Disamping itu kami juga menyediakan makanan biasa seperti nasi goreng, mee,
bihun dan kuey teow goreng serta mee
bandung.
“Nama pun combat café persiapan pun di buat ala combat
sehingga kami tidak sempat untuk membuat papan tanda café. Alhamdulillah
sambutan yang diterima daripada masyarakat amat menggalakkan. Lazimnya
jam 8 lebih hingga pukul 10 malam penuh sesak.”
Krew Kambing Golek
“Kami menggunakan sepenuhnya
media social dan kawan-kawan untuk mempromosikan combat café dan
sambutannya diluar jangkaan kami.”

Krew Kambing Golek |