BILIK OPERASI UTARA BIZ : UTARA BIZ mula digerakan pada
bulan November tahun lepas. Ini bermakna UTARA BIZ . Sehingga kini terdapat 19
‘posting’ termasuk satu yang di poskan oleh UTARA BIZ. Berdasarkan pengkiraan
ini purata ‘posting’ yang dibuat 2.7 ‘posting’ sebulan.
Jumlah pelawat blog ini hanya 4,141 pelawat. Sementara
pelawat di halaman (page) ialah 7,255. Ini kerana UTARA BIZ banyak membuat promosi untuk page. Berdasarkan
pengkiraan ini jumlah keseluruhan pelawat untuk blog UTARA BIZ ini ialah 11,396, ini bermakna purata lawatan
ke blog ini 1,628 sebulan. Saya yakin angka ini akan meningkat kerana mulai
hari ini UTARA BIZ N sudah mula membuat promosi untuk blog ini secara khusus.
Arzaman Sulaiman Pengerak UTARA BIZ |
Berdasarkan perangkaan ini saya yakin blog UTARA BIZ dapat pergi lebih jauh sekiranya usaha
promosi dijalankan secara rautin. UTARA BIZ mampu menjadi wadah pengiklanan untuk
peniaga kecil kita. Memang inilah hasrat hati saya membantu para peniaga menggunakan kemahiran
menulisan yang di kutip selama 30 tahun dalam pelbagai gerne dan sedikit
kebolehan menggunakan IT dalam usaha membantu peniaga melayu kita mempromosikan
perniagaan mereka.
Sememangnya perniagaan dengan pengiklanan dan pemasaran
bagaikan irama dan lagu tidak dapat di pisahkan. Perniagaan semata-mata tidak
cukup kuat untuk berdiri dengan sendiri. Perniagaan pasti perlu dibantu dengan
pengiklanan dan pemasaran. Mungkin ada disetengah-setengah peniaga berkata dia
tidak perlu iklan dan pemasaran perniagaan dia sudah berjaya. Seandainya
perniagaan itu sudah mampu berdiri jika ditambah dengan pengilanan dan
pemasaran maka perniagaan itu akan bertambah maju.
Kita lihat bagaimana
syarikat-syarikat besar membelanjakan jutaan ringgit semata-mata untuk
menyiarkan iklan di kaca TV. Begitu juga Dr. Vida yang membelanjakan jutaan ringgit
untuk menaja program di TV, untuk apa sedangkan mereka sudah dapat menjana
perniagaan jutaan ringgit. Sebabnya supaya produk atau perkhidmatan yang mereka
keluarkan terus dikenali dan diingati.
Oleh sebab itu perancangan pengiklanan perlu dibuat secara
berterusan. Perkembangan IT dapat membantu para perniagaan mengiklankan produk
atau perkhidmatan secara berterusan dengan modal yang cukup kecil. Sekiranya
kita ingin mencetak risalah dan mengedarkannya kosnya juga amat tinggi dan tidak mampu dibuat secara berterusan.
Menyedari hakikat itu UTARA BIZ dilancarkan untuk membantu
para peniaga mengiklanankan perniagaan, produk mahupun perkhidmatan yang mereka
usahakan. UTARA BIZ mempunyai beberapa produk perkhidmatan untuk membantu para
peniaga. Salah satunya menulis artikle mengenai perniagaan, perkhidmatan yang
dijalankan dan juga membuat video mudah dan disiarkan di UTARA BIZ.
Produk lain membuatkan ‘short filem’ atau dokumentari khusus
mengenai perniagaan yang dijalankan. Namun perkhidmatan ini memerlukan biayai
yang agak besar dan rasanya bukan pilihan untuk peniaga kecil melayu. Disamping
itu UTARA BIZ juga memberikan perkhidmatan ‘Copy Writing” pengiklanan untuk
para peniaga membuat posting sendiri. Untuk khidmat ‘Copy Writing’ ini UTARA
BIZ telah mendapat kepercayaan seorang ‘Web
Master” di Kuala Lumpur. Beliau mempromosi sebuah hotel di Melaka.
Seterusnya yang menjadi teras UTARA BIZ ialah memberikan
perkhimatan pembinaan dan pengurusan blog serta mempromosi secara berterusan
dan terancang. Buat masa ini UTARA BIZ telah diberi kepercayaan oleh beberapa
buah syarikat untuk membina, menguruskan dan mempromosikan blog tersebut. Untuk
usaha ini UTARA BIZ tidak dapat mengambil banyak syarikat oleh itu sesiapa yang
berminat diharap segera bertindak menghubungi UTARA BIZ ditalian 019-560 7802.
Buat masa ini UTARA BIZ sedang menyiapkan beberapa proposal untuk beberapa
syarikat perniagaan yang telah dikenal pasti.
“Memang kita boleh mempromosikan perniagaan, perkhidmatan
atau produk di media social tetapi kita juga perlu kedai atau gedung pernigaan
di alam maya. Jadi Web atau blog adalah kedai atau gedung perniagaan kita.” ujar Pengerak UTARA BIZ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan