Zulhaimi Mengambil Alih Perniagaan Dari Seorang Peniaga Cina
KEPALA BATAS :Jeruk buah memang sinonim dengan orang Pulau
Pinang. Sekiranya orang luar datang ke Pulau Pinang pasti akan membawa balik
jeruk ke tempat mereka. Dahulunya
pengeluaran jeruk ini dimonopoli oleh orang-orang cina dan akhir-akhir ini
muncul nama Pak Ali sebagai pengeluar jeruk bumiputra yang cukup terkenal di
Pulau Pinang. Desert Home Enterprise mengambil peluang ini untuk membuka
perniagaan dengan menjadikan Jeruk Pak Ali sebagai produk utama perniagaan
mereka. Desert Home Enterprise yang dimiliki oleh sepasang suami isteri
Zulhaimi Dahalan dan Noin Marzuki.
Mereka berdua telah menjalankan perniagaan ini sejak bulan
April tahun lepas. Perniagaan ini diuruskan sepenuhnya oleh isteri Zulhaimi,
Noin dan dibantu oleh bapa mentuanya Pak
Marzuki.
Sesuatu yang menarik mengenai Desert Home Enterprise ini
yang pada mulanya diasaskan oleh seorang peniaga cina dan akhirnya diambil alih
oleh pasangan suami isteri ini. Tauke asal perniagaan ini ingin menjual
perniagaannya dan memberitahu bapa
mentua Zulhaimi. Bapa mentuanya yang
tahu keinginan anaknya untuk berniaga terus menghubungi anaknya. Setelah
mengadakan perbincangan akhirnya mereka bersetuju untuk mengambil alih
perniagaan ini.
Menurut Zulhaimi beliau memberanikan diri mengambil alih
perniagaan daripada seorang peniaga cina setelah melihat kesungguhan dan
keinginan isterinya untuk berniaga. Disamping menjalankan perniagaan ini akan
memudahkan dia menguruskan rumahtangga dan anak mereka.
“Walaupun menjalankan perniagaan menuntut lebih banyak masa
untuk berada di kedai namun pekerjaan ini tidak terikat dengan kerja di pejabat
dan bila-bila ada keperluan untuk menguruskan anak tidak menimbulkan sebarang masalah.
Isteri saya boleh tinggalkan kedai kepada bapa mentua saya dan dia boleh
uruskan soal anak.”
“Alhamdulillah setelah lapan bulan menjalankan perniagaan,
saya dapati sambutan masyarakat tempatan amat mengalakkan khususnya di hari cuti Sabtu dan Ahad serta cuti penggal persekolahan. Bagi mereka yang
tinggal di sekitar Permatang Sintok khususnya jika ada kelapangan boleh
berkunjung ke kedai kami untuk mendapatkan Jeruk Pak Ali dan lain-barangan.”
“Kedai kami terletak di No.23, Jalan Sintok 1, Taman
Permatang Sintok, Penaga Kepala Batas, Seberang Perai Utara.” ujarnya.
Disamping memasarkan Jeruk Pak Ali Desert Home juga ada
menjual pelbagai jenis jeruk kering, makanan ringan, kerepek, minum dalam botol
dan tin dan lain-lain lagi.“Pada kesempatan ini, saya mempelawa pengeluar produk bumiputra
tempatan yang berada di sekitar Seberang Perai khususnya boleh meletak produk
mereka di kedai kami dalam bentuk consignment
untuk kami pasarkan”
“Dengan mengambil alih perniagaan ini daripada seorang
peniagaan cina secara tidak langsung kami dapat membantu membuka peluang
perniagaan kepada pengeluar produk bumiputra lainnya untuk memasarkan produk
mereka melalui kami di sini.” katanya kepada UTARA BIZ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan