SUNGAI PETANI : Mita
Collection penjual pakaian muslimah yang beroperasi di Amanjaya Mall
(C.Mart) dekat sini ada menawarkan
keahlian VVIP kepada pelanggannya. Ahli VVIP ini akan mendapat potongan harga
yang lebih rendah daripada harga pasaran.
Masitah Shamsudin |
Menurut pemilik Mita Collection Masitah Shamsudin, sehingga
kini Mita Collection mempunyai keahlian
seramai 500 orang terdiri dari pelbagai
lapisan masyarakat seperti guru dan sebagainya. Ahlinya ramai yang tinggal di
sekitar Sungai Petani kerana tapak
operasinya di Amanjaya Mall di Sungai Petani.
“Mita Collection memperkenalkan Keahlian VVIP dan memberikan
potongan harga yang istimewa adalah untuk menambat hati dan mengikat pelanggan
agar terus menjadi pelanggan kami. Persaingan dalam menjual pakaian muslimah
amat hebat jadi kita perlu bijak merancang strateji pemasaran.”
Pakaian yang di jual |
“Mita Collection bermula dengan menjual di pasar malam dan
pasar pagi di sekitar Padang Serai, Kulim
dan Kepala Batas tiga tahun lalu. Sebelum memberanikan diri memasuki pasaraya
dengan menyewa lot perniagaan ini lebih
setahun lalu. Alhamdulillah sambutan
yang kami terima amat baik.” katanya.
Pakaian muslimah yang di pamer |
Pemilik Mita Collection Masitah Samsudin memberitahu, beliau
menjual pakaian muslimah dan dijual
dengan harga RM20.00 hingga RM60.00
dengan rekabentuk dan corak yang terbaru.
Disamping itu Mita Collection juga ada menjual pakaian muslimah yang berharga
lebih RM 60.00 kerana mendapat permintaan daripada Ahli VVIP.
“Saya menjemput masyarakat sekitar Sungai Petani yang datang
untuk membeli belah di Amanjaya Mall (C Mart ) jangan lupa berkunjung ke lot
perniagaan kami di tingkat bawah berhadapan dengan Kopitan Klasik. Sekiranya
masuk melalui pintu yang mengadap Happy Home pasti akan berjumpa dengan lot
perniagaan kami dahulu. Boleh juga menghubungi kami di talian 010-789 2487 ” ujarnya kepada Utara Biz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan