KULIM : Masyarakat
melayu di sekitar Kulim sekiranya hendak membaharui cukai jalan kenderaan dan sebarang urusan mengenai insuran
serta urusan-urusan mengenai JPJ dan Puspakom boleh datang berurusan dengan
Pusat Pemasaran Islam satu syarikat milik penuh bumiputra.
Pusat Pemasaran Islam ini di asaskan oleh Md. Rashid Abd.
Hamid, 56, di sekitar tahun 1999 dan kini telah membuahkan hasilnya. Bermula selepas
berhenti bekerja di BMF Bank dengan hanya jumpa kawan-kawan untuk menguruskan
pembayaran Insuran Kenderaan, membaharui cukai jalan kenderaan dan membaharui lesen memandu kini sudah punya
pejabat sendiri untuk menguruskan kerja-kerja tersebut.
Menurut Md. Rashid, beliau menyewa dan membuka pejabat di
Bangunan Persatuan Pesara Kerajaan Cawangan Kulim berhadapan dengan Pejabat
Kebajikan Daerah Kulim bersama seorang lagi rakan yang menjalankan urusan lain sejak
tahun 2011, setelah hampir sepuluh tahun
menjalankan urusan niaga tanpa pejabat.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan dan
saya berharap lebih ramai lagi orang kita yang dapat datang berurusan dengan
syarikat Pusat Pemasaran Islam.” ujarnya.

“Pelbagai jenis zakat seperti zakat simpanan, zakat emas, zakat pendapatan malah zakat
fitrah setahun sekali boleh dibayar kepada saya”
“Sebarang urusan baik pembayaran zakat mahupun membaharui insuran kenderaan dan lain serta
sebarang urusan mengenai JPJ dan Puspakom boleh datang ke pejabat saya di Bangunan
Pesara Kerajaan Cawangan Kulim berdepan dengan Pejabat Kebajikan Daerah Kulim
atau telefon saya 019-4120 835. Insya Allah saya akan memberikan khidmat yang
terbaik” ujarnya kepada UTARA BIZ.