Krew Media Utara Production baru selesai buat pergambaran Iklan untuk
DFZ Agency Sdn. Bhd., Wakil Insuran Bumiputra Terunggul Di Utara ini.
Pergambaran dengan 4 cerita dengan dua sessi pergambaran.
Bagi mana-mana syarikat yang ingin membuat VEDIO IKLAN, VIDEO IKLAN FLASH,
VIDEO KORPORAT, VIDEO DOCUMENTARI malah VIDEO PERIBADI yang menceritakan jatuh
bangun dalam kehidupan. Boleh hubungi kami Roy Alkanz 018-405 6323 &
Arzaman Sulaiman019-560 7802,
Kami mempunyai kepakaran dalam melakar konsep, penulisan, pergambaran
dan editing malah kami ada senarai pelakon yang pernah berlakon tua, muda
lelaki dan perempuan. Bagi yang ingin mendapat khidmat kami boleh hubungi kami
Roy Alkanz 018-405 6323 & Arzaman Sulaiman019-560 7802.
Anda hendak buat kenduri kahwin dengan menu tambahan KAMBING
GOLEK? Anda hendak buat majlis keramaian dan makan-makan dengan MENU ISTIMEWA
KAMBING GOLEK? Anda hendak mengadakan MAJLIS AKIKAH dengan MENU KAMBING GOLEK?
Hubungi KAMBING GOLEK CEF ROY ALKANZ dengan rasa yang
berbeza, lain dari yang lain bukan
sekadar kambing bakar. Kalau berminat SEGERA HUBUNGI CEF ROY ALKANZ di talian
018-405 6323.
Pengusaha KATERING juga boleh mengatur dengan CEF ROY ALKANZ untuk
memasukkan MENU KAMBING GOLEK DALAM MENU KATERING ANDA.
KALAU kita kata terminal feri Sultan Abdul Halim runtuh dan
mengorbankan 32 orang dan 1,674 orang cedera diyakini ramai generasi baru tidak
mengetahui peristiwa ini. Peristiwa ini berlaku pada hari Ahad, jam 4.40
petang, 31 Julai 1988
Punca tragedi ini adalah kesesakan teruk di Pangkalan Sultan
Abdul Halim ini sekitar 10,000 orang. Terdapat dua perayaan serentak melibatkan
kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun
Gereja St Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Perarakan kereta berhias
diadakan di Padang Kota Lama dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan
utama di bandar Georgetown.
Patung-patung puteri dewi ini diarak di sepanjang jalan
berlampu warna-warni di tengah-tengah bandar raya pada hari Ahad malam 31 Julai
1988. Penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir
kerana ia diadakan 60 tahun sekali saja mengikut kalendar China (sekali dalam
jangka masa seumur hidup) dan perayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan
Yin bermaksud 'Dewi Pemurah'. Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan
juga turut serta ketika itu.
Gereja St Anne di Bukit Mertajam juga mengadakan pesta
besar-besaran sempena ulang tahunnya. Ramai kaum Cina menganut ugama Kristian
berdoa di gereja ini pada pagi Ahad dan petangnya mereka bergerak ke Pulau
Pinang untuk melancong dan melakukan upacara keagamaan Buddha.
Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu
menampung 'serbuan' 10,000 penumpang. Tiangnya daripada besi kongkrit sementara
lantai daripada papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi
tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah.
Pangkalan ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan
kenderaan yang keluar dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari
Stesen bas Butterworth - keluar dan masuk. Jam 4.40 petang itu, gelegar besi
jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh. Dinding
besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan
terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk.
Mangsa dibawa ke Hospital Butterworth, Hospital Bukit
Mertajam dan lain-lain. Pasukan Bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa.
Laluan sebelah kiri itu terhenti seluruhnya. Tetapi laluan sebelah kanan masih
boleh beroperasi membawa penumpang ke pulau dan sebaliknya. Runtuhan ini
dibiarkan begitu sahaja buat beberapa lama untuk siasatan dan rancangan
pembesaran.
Hari ini UTARA BIZ dapat menjejaki salah seorang mangsa
terjedi terminal feri di Pengalan Sultan Abdul Halim runtuh 29 tahun yang lalu,
beliau ialah Ah Huat berusia 42 tahun dan semasa kejadian beliau berusia 13
tahun.
Kecederaannya membawa beliau kini cacat dan tidak dapat
bekerja seperti orang biasa. Apabila ditanya bagaimana peristiwa itu berlaku
beliau tidak lagi dapat mengingatinya. Kini beliau hidup sendian di Padang
Serai, Kedah.
Menurut Ah Huat, beliau merupakan anak bongsu daripada 5
beradik dan ibunya kini tinggal bersama abangnya di Singapura dan mereka akan
balik Padang Serai setiap kali sambutan Tahun Baru Cina.
Apabila ditanya bagaimana beliau menyara kehidupannya, Ah
Huat menjelaskan beliau memdapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak
RM300.00 di bawah skim OKU di samping itu beliau juga mengutip kotak dan
tin-tin minuman kosong.
Baling adalah sebuah daerah
yang terletak dalam negeri Kedah. Ia bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah
selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat, daerah Sik di utara, Negeri Perak
di sebelah tenggara dan Negara Thailand di sebelah timur laut.
Ia mempunyai keluasan
sebanyak 1,530 kilometer persegi atau 590.32 batu persegi. Dengan keluasan
tersebut, Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di negeri Kedah selepas
daerah Sik. Setakat Februari 2011, jumlah penduduk daerah Baling ialah 159,487
orang.
Baling walaupun hanya sebuah pekan kecil tetapi merupakan daerah yang kedua
terbesar di Kedah telah mencatit
beberapa sejarah besar negara. Pada tahun 1955 Tunku Abdul Rahman Putra telah
mengadakan rundingan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng.
Pada bulan November 1974
pula terdapat dua tunjuk perasaan besar di daerah itu berikutan harga getah
jatuh. Manakala 19 November 1985 pula
berlaku Peristiwa Mamali yang telah mengorbankan 18 orang termasuklah
empat anggota polis semasa pertempuran antara orang kampung dengan polis
berpuluh yang lain cedera dan ratusan orang khususnya penduduk kampung ditahan.
Terbaharu Pada September 2014, Baling mencatitkan
lagi satu sejarah apabila Pengarah Filem tersohor Yasin Salleh telah
menganjurkan Ziarah Karyawan di Kampung Lestari Ulu Legong. Ziarah Karyawan
Utara ini telah menghimpunkan seluruh gerne karyawan di negara ini termasuk Singapura. Kini Ziarah Karyawan terus bergerak menjejaki
serata tempat di negara ini dan daerah Baling yang mencetuskan gagasan ini.
Menurut cerita sejarah awal
kewujudan kolam air panas ini apabila Sultan Kedah (Sultan Abdul Hamid, Nenda
kepada Sultan Abdul Halim) telah berkenan berkunjung dan bersiram di Kolam Air
Panas Kampung Ulu Legong. Penduduk kampung telah bergotong royong membina kolam
simen empat segi berukuran lebih kurang 100 kp yang mana bahan-bahan binaan ini
telah diangkut masuk menggunakan gajah.
Namun kawasan Ulu Legong pernah menjadi kawasan
hitam. Sekitar tahun 1940an tentera Jepun
telah menjadikan persekitaran Kampung Ulu Legong sebagai salah satu
kawasan operasi tentera yang merupakan laluan masuk dari Thailand. Manakala
sekitar tahun 1970an pula ATM turut menggunakan kawasan sekitar kolam air panas
ini sebagai markas operasi tentera untuk memburu anggota Komunis.
Pada tahun 1980 berlaku
tragedi serangan komunis terhadap penduduk Kampung 15, Kampung Ulu Legong dan
kemudiannya berlaku satu lagi serang hendap komunis ke atas Konvoi Tentera di
akhir tahun 1981
Namun hari ini
segala-galanya berubah Ulu Legong mempunyai Pusat Rekreasi Air Panas salah satu tarikan pelancongan yang terkenal
di daerah Baling malah seluruh negeri Kedah. Pusat ini mula beroperasi sejak
Tahun 1998, lokasinya di Mukim Siong kira-kira 22km dari Pekan Baling.
Taman Rekreasi ini beroperasi 24 jam sehari. Jadi, anda boleh
datang pada bila-bila masa sahaja. Terdapat banyak kolam dengan kedalaman dan
keluasan yang berbeza serta kadar kesuaman air yang turut berbeza.
Pelbagai kemudahan yang
disediakan, antaranya dewan seminar, taman permainan kanak-kanak,
kolam air panas, tempat letak kenderaan, surau, outdoor gym, tandas awam, bilik
persalinan, tapak BBQ, medan selera dan banyak lagi.
Jika anda berhajat
berkunjung ke sini , waktu yang paling sesuai untuk mandi ialah pada waktu
menjelang lewat tengah malam sehingga waktu Subuh. Suhu sejuk pada
waktu-waktu ini boleh mengurangkan suhu
panas air kolam. Pengunjung juga disarankan supaya memastikan dahulu tahap
kesihatan diri sesuai dengan tahap kepanasan setiap kolam yang berbeza. Sebuah
laluan batu urut refleksologi juga ada disediakan kepada pengunjung oleh Pihak Pusat Rekreasi Air Panas
Di sini juga terdapat tempat
penginapan seperti chalet dan juga tapak untuk berkhemah. Penginapan jenis VIP,
standard dan dormitori disediakan untuk
pengunjung .Taman Rekreasi ini sangat selesa dan sesuai datang bersama
keluarga.
Taman Rekreasi ini sentiasa menjadi tumpuan
orang ramai kerana kolam air panas ini di katakan dapat mengubati pelbagai
jenis penyakit. Pusat Rekreasi Air Panas ini diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan
Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling. Tiket untuk masuk ke Taman ini
ialah RM3 untuk kanak-kanak dan RM6 untuk orang dewasa.
Jika anda ini berkunjung ke
sini dan ingin dan membuat tempahan di Chalet yang di sediakan boleh
menghubungi pihak pengurusan pusat
rekresi ini seperti di bawah :
BAHULU Panas Aja Ali memang panas, panas macam goreng
pisang. Sesiapa yang hendak buat
kenduri, hendak buat hantaran, hendak hadiah dekat kawan sempena apa-apa majlis
dan lain-lain lagi boleh buat tempahan
kepada BAHULU PANAS AJA ALI di Kiostnya dulu di depan Pejabat Pos AEON BIG Seberang Jaya, kini telah berpindah di MEDAN SELERA CILI PADI (TINGKAS ATAS BERHAMPIRAN KFC)
Bukan Bahulu saja, di sini juga ada menjual pelbagai makanan
tradisional seperti rempeyet, kueh bakar, kerepet dan banyak lagi. Aja Ali
juga mengambil tempahan membuat bahulu
sebagai bekas hantaran untuk majlis perkahwinan atau pun pertunangan.
Bahulu Aja Ali juga terdapat pelbagai jenis bahulu, bahulu asli, bahulu coklat rice, bahulu jem/coklat,
bahulu ikan emas besar/kecil dan bahulu set hantaran.
Menurut Aja Ali, bahulu coklat rice merupakan ‘killer
produknya’ dan sangat laris dipasaran.
Setelah mula mengusahakan perniagaan
Bahulu Panas Aja Ali sekitar tahun 2012 dan kini sambutannya amat mengalakkan.
Sesiapa yang berkunjung ke AEON BIG SEBERANG JAYAsingahlah di kiostBAHULU PANAS AJA ALIdulu di depan
Pejabat Pos di AEON BIG Seberang Jaya, kini telah berpindah MEDAN SELERA CILI PADI. Jika ingin buat tempahan boleh
menghubungi BAHULU PANAS AJA ALI di talian
019-4444 632, 013-4444 343 dan 013-444 7979.