SAUDAGAR Rempah Alkanz yang diasaskan oleh Chef Rozaini
Yaakob atau lebih mesra dan dikenali sebagai Chef Roy telah menjalin kerjasama
dengan UTARA BIZ yang diusahakan oleh
Arzaman Sulaiman dalam usaha membuat pemasaran dan jualan Rempah Grill Formulasi
Alkanz Yamani atau ringkasnya Rempah Grill Alkhanz.
Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani ini memang sesuai untuk membakar
kambing golek dengan citarasa yang amat menarik. Namun ramuan ini juga boleh
diguna untuk membakar daging lain dan
ayam.
Menurut Chef Rozaini Yaakob, beliau mengambil masa yang agak
lama membuat kaji selidik untuk menyediakan produk ini dengan citarasa yang
lain dari yang lain serta menjadikan produk ini begini.
“ Saya terpanggil apabila sahabat saya Arzaman pemilik UTARA
BIZ mencadangkan dia sanggup memasarkan
produk ini secara offline dan online.
Kami telah lama berkawan dan saya
tahu kebolehan dan bakat yang beliau miliki. Lagi pun saya siibuk dengan urusan
saya dan bidang pemasaran memang bidang
dia sekarang ini “ ujar Chef Rozaini Yaakob.
Sementara itu Arzaman Sulaiman memberitahu, segala-galanya
bermula apabila beliau pergi mengambil bahan untuk terbitan UTARA BIZ daripada seorang yang mengusahakan ternakan kambing dan kibas,
Muzakir di Machang Bubok.
“Apabila saya menemui
Muzakir pengusaha ternakan kambing dan kibas itu beliau memberitahu
bahawa sahabatnya Zakaria yang juga merupakan dua pupu dengan saya mengajaknya mengusahakan projek kambing
golek. Akhir-akhir ini kambing golek dilihat mendapat sambutan daripada
masyarakat. Cuma masalahnya mereka tidak tahu bagaimana menyediakannya.”
“ Saya memberitahu Muzakir kalau benar mereka serius saya
boleh memanggil sahabat saya Chef Roy untuk membantu mereka. Suatu hari saya
mengatur pertemuan dan sekaligus pembelajaran untuk mengolek kambing. Walaupun
saya dah lama berkawan itulah pertama kali saya menikmati kambing golek ramuan
Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani
ini. Saya dibekalkan oleh Muzakir dan Zakaria untuk bawa balik sedikit dekat
keluarga. Mereka makan dan teruja dan minta saya menghubungi Chef Roy
mendapatkan bahan itu untuk kami bakar ayam dan daging di rumah.”
“Saya menghubungi beliau dan kami mengatur masanya dengan
Chef Roy turut bersama kami sekeluarga membakar dan menikmati Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani itu.
Anak sulung saya yang baru saja mengadakan majlis BBQ dengan staf di pejabatnya
berkata kalau dia tahu awal, dia akan
menggunakan ramuan ini. Bertitik tolak di sinilah saya tawarkan diri untuk
memasarkan produk ini dan Chef Rozaini secara spontan memberikan ‘right’ untuk
melantik saya menjadi pengedar tunggalnya.”
Konsep Hidangan di Pelaut Cafe sentuhan Chef Roy |
Chef Rozaini Yaakob merupakan seorang chef yang terkenal dengan masakan arab
dan western. Hampir semua Restoran Nasi Arab di sekitar Kulim, Bukit Mertajam,
Seberang Jaya dan Kepala Batas mendapat sentuhan pertama darinya. Buat masa ini
Chef Rozaini berada di Pulau Langkawi
mengatur, mengurus dan promosi sebuah restoran di sana yang dinamakan Pelaut Café.
Beliau merupakan
Pakar Perunding Konsep dan Masakan untuk pengusaha restoran memulakan perniagaan.
Konsep yang diketengahkan selalunya
agak unit dan menarik. Jadi bagi mereka yang ingin membuka restoran boleh dapatkan sentuhan Chef Rozaini
012-529 9108 dan bagi mereka yang ingin membuat BBQ atau hendak bakar
daging dan ayam di rumah dan merasai kenikmatan Rempah Grill Formulasi Alkanz
Yamani boleh berhubung dengan Arzaman 019-580 7802.
Kalau anda lapang boleh juga lawati blog Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani : http://alkanzsaudagarrempah.blogspot.com/
Kalau anda lapang boleh juga lawati blog Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani : http://alkanzsaudagarrempah.blogspot.com/