BUKIT MERTAJAM :
Lobster atau dikenali juga dengan Udang Kara kini boleh diternak dalam air tawar. Lobster adalah dari keluarga udang bezanya lobster dari udang, Lobster mempunyai cepit seperti ketam.
Sumber laman web
Kementerian Pertanian & Industri dan Asas Tani Lobster adalah makanan
eksklusif di restoran dan hotel ternama. Harga seekor
lobster bersaiz 6 inci berharga RM60.00
sekilogram. Namun di restoran dan hotel terkemuka hidangan
lobster mencecah dari RM300.00 hingga RM 700.00 seekor yang siap di masak mengikut menu pilihan
pelanggan dan beratnya hanya sekitar 900
gms.
Menyedari hakikat itu seorang anak muda Dee Rayyan telah
mengorak langkah belajar menternak
lobster air tawar. Kini beliau telah menjalankan usaha
ini dan mempunyai sebuah ladang ternakan
di Hutan Petai berhampiran Bukit Teh dan
Machang Bubok. Melihatkan potensinya maka Dee Rayyan berhasrat untuk
membesarkan ladangnya dalam waktu yang
terdekat.
Menurut Dee Rayyan, beliau menjual Lobster bermula dari 2 inci hingga mencecah 6 inci dengan harga RM2.00 hingga RM25.00 seekor. Lobster 2 hingga inci lazimnya digunakan sebagai benih dan Lobster 4 inci ke atas adalah untuk di
makan.
“ Saya menjual yang segar dan juga yang sejuk beku. Disamping itu
saya juga menjalankan Kursus
Menternak Lobster selama
sehari. Bayarannya hanya RM300.00. Disamping mengajar saya
akan membawa peserta melawat ladang ternakan saya.
Disamping itu saya juga akan
memberikan 10 pasang lobster induk untuk memulakan ternakan.”
“Lobster induk yang diberikan itu berharga sekitar RM25.00
seekor. Berdasarkan pengkiraan ini Lobster sahaja sudah bernilai RM500.00 saya berikan. Saya menurunkan ilmu dan membekalkan Lobster induk kepada peserta
dengan harga melebihi harga kursus
kerana ingin menggalakkan penernakannya dikalangan orang kita. Sekiranya mereka tidak mampu menjual saya
akan membeli balik untuk memenuhi permintaan
pelanggan saya yang tidak mampu saya penuhi.” Ujarnya.
Dee Rayyan menjelaskan, sehingga kini beliau telah mengajar
lebih 300 orang yang datang dari seluruh negara. Beliau akan jalankan kursus ini apabila beliau mendapat paling
kurang 5 orang peserta.
“Saya akan membantu sehingga berjaya. Saya menjangkakan setelah menternak lobster induk itu dalam masa 5 bulan sudah boleh mendapat hasil. Hasilnya akan
berterusan. Bagi mereka yang tidak punya kawasan menternak jangan bimbang lobster ini juga boleh
diternak dalam akuarium.”
“Jadi sesiapa yang berminat
untuk mengikuti kursus ternak
Lobster yang saya anjurkan dan yang
ingin merasa keenakkan rasa Lobster boleh menghubungi saya di
talian 011-1098 8778" Katanya mengakhiri pertemuan dengan UTARA BIZ.
Video Ternakan Lobster Dee Rayyan
Vedio Promo Utara Biz